Bagi mereka yang jadi budak sekolah pada zaman 2000-2010, mesti mereka masih ingat betapa dulu hidup terlalu mudah. Contohnya, kalau dulu-dulu susah betul kita maw nampak budak sekolah ada telefon bimbit sendiri, melainkan dia datang dari keluarga orang kaya. Masa awal-awal telefon Nokia 3310 dulu diperkenalkan, harga dekat RM1,000 jugak weh.
Ini kita cerita 20 tahun lepas, ketika tu RM1,000 memang banyak gila. Ada orang masa tu kerja bergaji RM600 lagi. Bayangkanlah macam mana maw beli telefon kan? Okay, berbalik kepada cerita kita, kami masih ingat dulu masa budak-budak, kalau mahu pergi bandar, ndak perlu bawak duit banyak-banyak.
Biasanya kalau sekolah, kami akan pergi bandar pada hari Sabtu, sebab kokum sampai pukul 10 atau 11 pagi begitu. Selebihnya pergilah bandar sampai petang, sebab besoknya cuti jugak kan? Aku dulu sekolah di sekolah di Jalan Apas, masa sekolah rendah lagilah simple mahu pergi bandar. Kami perlu naik bas, zaman 2004 tu, bayar 20 sen jak sebab budak-budak kecil kan. Kalau pelajar sekolah menengah, bayar 50 sen pergi bandar. Kami pun ndak tahu sudah berapa diorang kena bayar kalau sekarang.
Dulu main satu jam, RM2 jak. Kalau main di CHIVAS (ndak taw betulkan ni kami eja), main RM5 dapat tiga jam. Puas bha main tiga jam. Sampai lapar kau main. Apabila dah lapar, kami pergilah makan di belakang rombengan bandar tu. Murah sak bha, RM1.50. Apabila sudah makan, kami pun baleklah beramai-ramai naik bas. Masa tu mana ada Grab lagi, maw bawak kereta atau motor masih bawah umur kan.
Best kan kenangan dulu-dulu?