Warga Negeri Sabah bakal melakar sejarah pada 26 September ini bagi menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Dalam tempoh kritikal ini, pelbagai aspirasi untuk rakyat semakin hebat dimainkan oleh setiap calon bertanding yang datang dari segenap parti.
7 DUN daripada Tawau & Kalabakan bakal menyaksikan pertembungan hebat seramai 46 calon bagi merebut kerusi yang dipertandingkan. Namun, sudah tentu kemenangan setiap calon atau wakil rakyat di kawasan mereka itu ditentukan oleh kuasa keramat rakyat.
Rakyat lah yang akan menilai dan memilih calon yang akan mewakili mereka. Hatta sebutir janji daripada wakil rakyat bertanding itu, jika tidak ditunaikan sepenuhnya mampu untuk memberikan tamparan buruk kepada wakil rakyat tersebut. Tanggungjawab itulah yang harus digalas secara total dalam mewakili suara dan denyut nadi rakyat di kawasan mereka.
Beberapa hari lepas, tular sebuah posting di laman Facebook yang menarik perhatian warganet berkenaan isu pembangunan dan pendidikan di kawasan mengundinya. Setakat ini, posting tersebut telah memperolehi 38 perkongsian dan lebih 40 interaksi di ruangan komen.