PKP buat pembelajaran anak terjejas, kami kongsi 5 Aplikasi mudah pembelajaran dari rumah!


Oleh : Nasra


Penularan Covid 19 telah merubah banyak perkara termasuklah rutin harian anak-anak kita yang bergelar pelajar. Sekolah ditutup dan pembelajaran dijalankan secara maya di rumah. Kalau dulu peranti elektronik seperti telefon pintar dilarang digunakan di sekolah, namun situasi sekarang berlaku sebaliknya di mana dunia pendidikan mula dilakukan secara maya dan memerlukan peranti elektronik dan gadget tertentu sebagai medium pengajaran dan pembelajaran.

Murid-murid sudah pasti mengalami sedikit kesukaran contohnya sukar untuk fokus dan belajar sendiri tanpa guru dirumah, lebih-lebih lagi pelajar tadika dan yang baru melangkah masuk ke sekolah rendah. Ibu bapa pasti runsing untuk menumpukan perhatian kepada anak-anak yang memerlukan perhatian berlainan.

Oleh itu, berikut adalah 4 aplikasi menarik untuk dimuat turun untuk membantu pembelajaran dari rumah secara kreatif.

(Semua aplikasi boleh dimuat turun di Play Store)

1. BELAJAR MEMBACA DENGAN ANAK2U



(https://play.google.com/store/apps/details?id=com.MDRTech.MariBelajarMembaca&hl=en)

Bagi murid-murid yang belum mahir membaca, aplikasi ini mampu membantu dengan jayanya. Aplikasi ini mudah digunakan dan boleh dipantau oleh ibu bapa. Objektif pembelajarannya sangat jelas dan aktiviti pembelajaran tidak membosankan. Terdapat mini permainan yang sudah pasti menjadi tarikan. Yang paling utama, percuma!

2. MAHIR MATEMATIK DENGAN MONSTER MATH

(https://play.google.com/store/apps/details?id=com.makkajai.monstermathfree)

Monster Math adalah sebuah aplikasi yang diselaraskan dengan pembelajaran umum dan asas yang menyeronokkan untuk kanak-kanak berlatih Matematik. Aplikasi ini merangkumi latihan penambahan, pengurangan, serta pendaraban dan pembahagian.


Sangat sesuai untuk murid tahap 1. Manakala Monster Math 2, turut merangkumi aritmetik lanjutan, faktor perdana, gandaan, pecahan – kesetaraan, perbandingan dan perwakilan. 

Aplikasi dalam bentuk permainan ini sudah pasti menimbulkan keseronokkan!

3. LUASKAN IMAGINASI DENGAN SAINS SENANG JEK! 

Aplikasi mesra pengguna ini sangat sesuai untuk digunakan dalam sesi pembelajaran sains dari rumah. Murid dapat belajar sains secara interaktif dalam bahasa Melayu!

Antara kandungan menarik yang terdapat dalam aplikasi ini:

1. Belajar – meningkatkan kefahaman terhadap topik Sains seperti haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

2. Ujian – membuat peperiksaan untuk menentukan tahap pada diri.

3. Pertandingan – menikmati permainan Sains dengan kawan-kawan.

4. FAHAMI BAHASA INGGERIS DENGAN ENGLISH SENANG JEK!

Aplikasi ini menawarkan cara pembelajaran bahasa Inggeris secara interaktif untuk membantu murid memahami perbendaharaan kata Bahasa Inggeris (English Vocabulary).

Berikut merupakan ciri-ciri aplikasi edukasi ini:

– Belajar mengikut tahap. 

Aplikasi ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak dan murid-murid sekolah rendah tapi juga sesuai untuk pelajar sekolah yang menghadapi UPSR / PT3/ SPM, pelajar institusi tinggi ataupun orang dewasa yang ingin belajar English.

– Ulang Kaji

Terdapat set latihan untuk ulang kaji.

– Cara Baca

Aplikasi ini mempunyai suara untuk membaca setiap perkataan yang diberi jadi anda boleh belajar menyebut perkataan dengan betul.

– Menguji Minda

Terdapat ujian untuk menguji minda setelah sesi pembelajaran.

– Pertandingan

Boleh bersaing bersama rakan-rakan untuk mendapatkan skor yang tertinggi.

– Roda Hiburan

Belajar pelbagai kategori perkataan.

Semoga aplikasi ini dapat membantu sedikit banyak menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid dan memastikan masa terluang dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat walaupun hanya duduk di rumah. Jangan jadikan Covid-19 sebagai alasan untuk mengabaikan pelajaran.

Selamat belajar! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *