Detik cemas cubaan terjun dari bangunan di Kubota Sentral, Tawau

Oleh : Ameera


Tawau: Kesihatan mental merupakan penyakit yang tidak terlihat oleh mata kasar tapi boleh memberi kesan dengan pelbagai cara, lebih-lebih lagi dalam negara kita sedang mendepani cabaran pandemik Covid 19.

Pada pukul 5 petang semalam, seorang lelaki berusia 24 tahun telah membuat cubaan terjun dari tingkat 3 di sebuah bangunan di Kubota Sentral, Tawau namun berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Dalam kejadian tersebut, lelaki terbabit dilihat sedang berpaut pada besi penghadang kaca di balkoni bangunan berkenaan.

Pada masa yang sama, orang ramai yang melihat aksi lelaki itu turut meletakkan beberapa kotak dan tilam di hadapan bangunan berkenaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang lebih teruk.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas, pihak mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.06 petang sebelum sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) digerakkan ke lokasi. Menurutnya lagi, maklumat awal mendapati mangsa dipercayai mengalami masalah mental dan kemurungan.

Mangsa yang telah berjaya diselamatkan oleh orang awam tersebut telahpun dihantar ke hospital untuk menerima rawatan susulan.

Turut berada di lokasi, dua buah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama lapan pegawai dan anggota dan sebuah ambulans.

Dato Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah pernah berkata, “Jangan stigmakan penyakit ini sebaliknya kita perlu membantu orang yang kita sayang atau orang sekeliling untuk tampil mendapatkan bantuan bagi permasalahan yang dihadapi”

Oleh itu, bagi sesiapa disekitar Tawau yang menghadapi masalah berkenaan kesihatan mental atau memerlukan sokongan moral, jangan malu untuk mendapatkan khidmat bantuan dari Laman Minda Tawau.

Anda boleh menghubungi Talian Hospital Tawau 089-983533 ext 8458; atau

Anda juga boleh Direct Massanger atau chat mereka di pautan FB Laman Minda Tawau untuk sebarang pertanyaan yang membelenggu pemikiran anda https://www.facebook.com/lamanmindatawau

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *