Bermula pada hari esok, makan dalam restoran ataupun dine-in telah DIBENARKAN berdasarkan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Bagi Seluruh Negeri Sabah.
Dine-In Dibenarkan Dengan Syarat
• Restoran, gerai makan, kenderaan besaji (foodtruck), penjaja, medan selera, kedai runcit dan kedai serbaneka DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
• Dine-in DIBENARKAN direstoran termasuk dalam premis hotel, kedai/gerai makan, coffee shop dan medan selera.
Makan di Restoran Dibenarkan Mengikut Kapasiti Meja Makan
• Hanya separuh daripada kapasiti meja iaitu:-
– dua (2) orang bagi meja empat (4) orang;
– tiga (3) orang bagi meja enam (6) orang;
– empat (4) orang bagi meja lapan (8) orang dan seterusnya.
Sumber Gambar: Malaysiakini.com |
• Peniaga harus memastikan penjarakan fizikal 1 meter diamalkan dan patuh pada prosedur operasi standard (SOP) Sektor Makanan.
• Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), penghantaran (delivery) atau pandu lalu juga dibenarkan dengan pematuhan kepada SOP Sektor Makanan.
SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Bagi Seluruh Negeri Sabah
Sumber: MKN Sabah