Sukan Seperti Jogging, Berbasikal, Memancing & Hiking Adalah Dibenarkan Dengan Syarat ~ SOP PKPB Baru

 




SABAH: Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal (indoor dan outdoor) adalah aktiviti yang dibenarkan dengan mematuhi beberapa standard operasi prosedur (SOP) yang telah ditetapkan oleh MKN Sabah:   

  • Aktiviti sukan secara individu tidak melebih sepuluh (10) orang seperti berjalan, jogging, berbasikal, senam robik kendiri, hiking, memancing, golf dan lain-lain.    Hanya dilakukan di dalam daerah sahaja yang dibenarkan.

  • Hanya dibenarkan di dalam daerah sahaja.

  • Kebenaran beroperasi dan menggunakan fasiliti sukan oleh orang awam adalah terhad bagi aktiviti yang tidak melibatkan sentuhan fizikal dan maksimum sepuluh (10) orang sahaja.
  • Setiap penguasaha dan operator sukan perlu menjadualkan pelaksaan latihan sekiranya terdapat ramai peserta dengan menghadkan jumlah tidak melebihi sepuluh (10) orang pada satu masa.

  • Program latihan berpusat yang sedia ada dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negeri Sabah boleh diteruskan secara “Quarantine Based Approach” dengan mematuhi SOP yang disediakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah.
Sumber: MKN Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *