Cerita Deepavali 2020
” Hari ini saya pergi ke MR DIY Tesco Mutiara untuk membeli-belah sempena Deepavali pada saat-saat akhir. Yang mengejutkan, saya hanya melihat dekorasi Krismas yang tersisa dan ketika saya bertanya kepada salah seorang pekerja, dia hanya berkata, “sudah masuk stor .. tadak!”
Ini membuat saya berfikir siapalah yang menyimpan dekorasi perayaan sehari sebelum dan hanya mempamerkan dekorasi untuk perayaan yang akan berlangsung sebulan lagi?!
Tetapi semasa ingin meninggalkan kedai, saya disapa oleh seorang lelaki yang bertugas sebagai cashier lalu mencuba nasib untuk bertanya apakah ada lagi stok dekorasi yang tinggal dan dia dengan cepat memanggil pekerja yang lain untuk pergi mencari di stor dan kemudian meminta maaf kepada saya .. “maaf bos, keeps sudah, tapi saya mintak ambik .. Tunggu ya bos “.
Pekerja itu kemudiannya kembali untuk memaklumkan bahawa bos tidak mengizinkan dan cashier itu merasa kurang senang dengan jawapan itu dan terus berkata kepada dirinya sendiri, “but the customer wants it..”
Dia kemudian terus membuat panggilan sendiri kepada bos dan berkeras meminta untuk menjual dekorasi itu atas permintaan pelanggan.
Tindakan Cashier asal Tawau Membantu Pelanggan Mendapat Pujian
Ketika bos sedang bercakap, dia meminta pekerja tersebut untuk pergi mendapatkan stok itu dan sekali lagi pekerja itu kembali dengan tangan kosong dan mengatakan pengurus stor tidak mahu menolong untuk mengeluarkan stok tersebut. Cashier tu pun hilang sabar dan terus berlari untuk mendapatkan stok itu lalu membenarkan saya untuk membuat pilihan, melakukan semakan harga dan akhirnya saya pulang dengan membawa beberapa jenis dekorasi untuk rumah saya.
Orang Tawau Memang Terbaik dan Peramah
Nama cashier itu ialah Sudirin @ Shah yang berasal dari Tawau dan sikap peduli beliau terhadap pelanggan serta komitmen terhadap pekerjaannya sungguh mengagumkan!
Mana-mana syarikat yang mempunyai pekerja seperti ini sudah pasti kebajikan pelanggan akan terjaga dan syarikat yang mempunyai pengurus stor yang bersikap kurang cerdik seperti itu pasti menyebabkan syarikat akan lingkup nanti. “
Itulah sikap dan budi pekerti yang harus kita contohi tidak kira berada di mana.
Memang terbaiklah orang Tawau!
Sumber :FACEBOOK DANNIS RAJ DAVID