5 Tempat Hiking di Tawau Yang Anda Wajib Cuba!

 


Selepas syarat PKPB dilonggarkan, ramai yang mula keluar rumah untuk melepas gian membuat aktiviti lasak. Antara aktiviti yang diminati oleh warga Tawau, pastinya HIKING! 


Yang tidak biasa hiking pun ikut hiking disebabkan di Tawau terdapat banyak bukit yang cantik-cantik trail dan puncaknya untuk kita lawati.


1. Bukit Akar 

Yang sukakan cabaran, bolehlah cuba mendaki Bukit Akar. Laluan ke puncak bukit berakar-akar besar dan ini amat mencabar stamina para hikers.

Bukit Akar terletak di Tinagat, lebih kurang 10 KM dari bandar Tawau. Anda boleh masuk simpang Batu 6, Jalan Apas Tawau, jalan terus dan anda akan jumpa sebuah tokong. Yang mahu cuba tu disarankan bawa orang yang berpegalaman mendaki disini ya.

 2. Bukit King Kong 

Dahulu, bukit ini dikenali sebagai Bukit Jamur yang teletak di Batu Payung.

Apa yang best adalah perjalanan track yang cantik kerana anda akan merentasi laluan air bukit yang menenangkan jiwa. Tidaklah terasa penatnya, sambil-sambil cuci mata melihat pemandangan air bukit.


Puncak di Bukit King Kong menjanjikan pemandangan yang indah dengan hamparan hutan simpan yang ada disekitarnya.

                                       

3. Bukit Cinta 

Kenapa nama bukit ni Bukit Cinta? Itu  kurang pasti, yang pasti view dari atas sangatlah memukau. Apabila tiba di puncak, terlihat laut terdampar luas di hadapan anda.


Bukit ini terletak di Simpang Jalan Haji Yunus Batu Payung Tawau  dan mengambil perjalanan 17.9km kira-kira 25 minit perjalanan dari Bandar Tawau. Bukit ini juga mempunyai ketinggian 276 meter dari aras laut.


4. Bukit Panchang 

Bukan orang Tawau-lah kalau tidak kenal Bukit Panchang kan? Bukit Panchang adalah salah satu bukit yang terkenal di Tawau. 

Yang menjadi tarikan adalah di atas puncak, anda akan dapat melihat satu Bandar Tawau. Wajib laa naik Bukit Panchang ni kalau kamu memang hikers.

Bukit ini juga dikenali sebagai Bukit Kinabutan terletak di Batu 6 Jalan Apas Tawau, Ia memiliki ketinggian 393m dari aras laut.

5. Bukit Li Man Kui 

Boleh dikatakan bukit ini paling santai, sebab apa? Kerana laluannya tidak begitu mencabar seperti bukit yang lain. Yang baru belajar mau hiking, boleh cuba Bukit Li Man Kui dulu, sesuai untuk beginner.

Katanya juga, laluannya ada dua, ada track yang dekat, 10 minit pun boleh sampai, ada juga track yang jauh.


Bukit Li Man Kui terletak di Mile 5, Jalan Sin Onn kawasan ini merupakan kawasan tanah persendirian jadi semestinya free. Sepanjang perjalanan banyak pemandangan kelapa sawit dan ramai kaum berbangsa cina berjogging di sini .


Jadi guys, pernah sudah kamu naik semua bukit ni? Kalau belum, ini kalilah kamu cuba yaa! Ngam-ngam cuti hujung tahun.

Sumber: Facebook Nurimah Binti SallehVava VrooNur Fathiha & Blog Unni Anje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *