Sabah : Sesi persekolahan bagi tahun 2021 telahpun bermula bermula hari ini, 20 Januari 2021. Tahun ini suasana berbeza untuk sesi persekolahan, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Dengan pelaksanaan Perintah kawalan pergerakan (PKP) diseluruh negara kecuali Sarawak memperlihatkan sesi persekolahan dimulakan mengikuti norma baharu.
Senarai Peperiksaan Utama
Walaubagaimanapun, hanya calon yang akan menduduki peperiksaan besar sahaja dibenarkan untuk menghadiri kelas secara bersemuka. Berikut merupakan senarai peperiksaan utama bagi pelajar yang terlibat :
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
3. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
4. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
5. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
6. Diploma Vokasional Malaysia (DVM) 2020 & 2021
7. Peperiksaan antarabangsa
Di Sabah, sebanyak 51, 294 pelajar sekolah yang terlibat dengan peperiksaan SPM dan STPM hadir ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan.
Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah (PdPR)
Selain itu, seramai 63, 895 murid dari Tahun 1, Tingkatan 1 dan peralihan memulakan sesi persekolahan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Sesi PdPR juga dijalani oleh pelajar lain seperti yang berikut :
1. Pelajar sekolah rendah (Tahun 1 sehingga Tahun 6)
2. Pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4
Guru merentas daerah
Bagi guru yang terlibat dengan peperiksaan utama untuk tahun 2020 dan 2021, namun berada diluar daripada kawasan mengajar, surat kebenaran akan dikeluarkan oleh pihak sekolah untuk membolehkan guru tersebut merentas daerah atau negeri.
Sebagai contoh, Cikgu Hamid merupakan seorang guru yang terlibat dengan peperiksaan utama di salah sebuah sekolah di Tawau, Sabah. Namun, keberadaan Cikgu Hamid sekarang ini adalah diluar daripada negeri Sabah iaitu di Gombak, Selangor. Oleh itu, pihak sekolah akan mengeluarkan surat kebenaran merentas daerah bagi Cikgu Hamid untuk kembali mengajar di Tawau, Sabah.
Keadaan Banjir di Sabah
Dengan keadaan banjir yang melanda negeri Sabah, 21 sekolah rendah terjejas dengan banjir iaitu di Beaufort, Beluran, Kota Belud dan Tuaran. Namun, tiada sesi pembelajaran bersemuka diadakan disebakan PKP hanya PdPR sahaja yang dilakukan iaitu pembelajaran dan pengajaran daripada rumah.
Untuk sekolah menengah, tidak ada sekolah yang dilaporkan terjejas dengan sesi persekolahan secara bersemuka pada hari ini.
Musim persekolahan telah bermula, diharapkan semua pelajar dapat belajar dengan baik walau dimanapun berada. Bagi guru-guru yang mengajar, diharapkan bertabah dengan norma baharu pengajaran.
Kredit Gambar : Sekolah Merotai Besar Tawau
Sumber Berita : Utusan Borneo dan Berita Harian Online