Merungkai Gunung Maria Tawau Sabah ~ Pernah Meletus Ribuan Tahun Yang Lepas


Kembali lagi kita dalam penulisan artikel di Tawaukini. Terima kasih diatas sokongan anda terhadap artikel yang dikongsikan sebelum ini. Kali ini kami di Tawaukini akan berkongsi kepada anda semua tentang berita yang pernah tular sebelum ini dikalangan masyarakat Malaysia berkenaan dengan kewujudan gunung berapi di Malaysia. 


Apa yang menarik perhatian adalah gunung tersebut terletak di Tawau, Sabah. Dengan itu, artikel kali ini, kita akan berkongsi cerita tentang Gunung Maria, Gunung Berapi di Malaysia.


Gunung Berapi Maria

Gunung Berapi Maria ini merupakan gunung berapi pendam. Apa yang dimaksudkan dengan Gunung Berapi Pendam? Ia dimaksudkan dengan gunung yang meletup suatu ketika dahulu dan akan meletup lagi pada masa hadapan. Tetapi bagaimana pula keadaan dengan Gunung Maria di Tawau ini? Adakah ianya akan meletuskan letupan atau bagaimana? Kita akan rungkaikan sebentar lagi. Teruskan pembacaan.

Lokasi bagi gunung berapi ini adalah 24 kilometer dari Bandar Tawau. Gunung ini terletak didalam kawasan Taman Bukit Tawau, Sabah. Taman Bukit Tawau merupakan sebuah kawasan hutan simpan yang diwartakan dan kawasan ini meliputi 279.72 km per segi. Gunung ini meliputi keluasan sepanjang 28 hektar dengan dikelilingi hutan yang tebal. Gunung ini berketinggian 1087 meter dari aras laut.


Pintu Masuk Taman Bukti Tawau


Jika melihat pada peta (Google Maps), dapat dilihat bentuk puncak gunung itu seperti kawah gunung berapi. Kawah gunung tersebut tidak dapat kelihatan apabila melakukan pendakian atas sebab dikelilingi dengan kawasan hutan yang tebal. Gunung ini bersambung dengan beberapa gunung lain seperti Gunung Lucia dan Gunung Magdalena.


“Screenshot pemandangan Gunung Maria”

Selain Gunung Maria, terdapat beberapa lagi gunung lain yang pernah menjadi gunung berapi kuno di Tawau iaitu Gunung Bombalai, Quoin, Andrassy, Wullersdorf, Bukti Table, Bukit Tiger dan Bukit Tinagat.

Keadaan lokasi di Gunung Maria digambarkan mempunyai pohon sebesar gergasi serta binatang liar dan jejak kaki seperti gajah, landak, rusa dan lain-lain. Gunung Maria berpotentsi menjadi lokasi eko pelancongan di Tawau. Gunung berapi pendam itu dapat menarik minat para pencint alam untuk menerokainya. 


Keadaan Muka Bumi

Dari sudut geografi kawasan Pergunungan Gunung Maria ini, berlaku kebanyakan aktiviti manifestasi geoterma. Manifestasi Geoterma dapat didefinisikan sebagai kawasan yang mempunyai suhu yang tinggi seperti mata air panas, periuk lumpur, kolam lumpur dan lain-lain. Aktiviti ini berlaku di sekitar puncak Gunung Maria atau dikawasan yang dikelaskan sebagai kawasan Apas kiri, Kolam Air Panas Balung, Hulu Tawau dan Tawau. 


Kawasan Manifestasi Geoterma di Tawau

Aktiviti gunung berapi di Tawau melibatkan batu piroklastik. Batu piroklastik adalah batu klastik yang terdiri daripada bahan-bahan vulkanik tunggal atau sebahagian besar daripada lava. Hal ini terjadi apa bila sumber batuan daripada letusan gunung berapi telah dibawa melalui aktiviti tindakan mekanik seperti angin atau air. Batu-batuan ini disebut volkanisklastik.


Tekstur Batu Piroklastik

Batu yang dihasilkan oleh piroklastik terdiri daripada abu vulkanik, rapili, abu, breccia dan tuff. Zaman batu gunung berapi adalah dari Miosen hingga Quaternary. Gunung berapi pliocene berlaku di pergunungan. Penyelidikan petrologi awal pada batu vulaknik dilaporkan sifat fizikal dan kimia tanah gunung berapi pada tahun 2006. 


Ancaman Bahaya

Menurut Dr Felix Tongkul, Pensyarah Sains Seismik Di Universiti Malaysia Sabah, gunung berapi tersebut telah mati dan tidak akan meletus lagi pada masa hadapan. Hal ini disebabkan aktiviti gunung berapi di Timur Sabah telah bergerak kearah Kepuluan Sulu di Filipina. Kali terakhir gunung tersebut meletus adalah kira-kira ribuan tahun yang lalu.


Dr. Felix Tongkul, Pensyarah Sains Seismik UMS

Menurutnya lagi, terdapat banyak mata air panas yang mengeluarkan haba dari kawasan gunung iu, namun keadaan tersebut tidak akan mencetuskan semula letusan gunung berapi pada zaman moden ini. Mata air dikolam air panas itu berpunca daripada rekahan di dalam bumi. Sememangnya akan ada sisa-sisa haba tertinggal di sekitar gunung itu, tetapi keadaan itu tidak akan menghidupkan semula gunung berapi yang telah lama pendam itu. 

Demikianlah artikel yang diterbitkan oleh Tawaukini pada kali ini. Siapa sangka di Tawau mempunyai gunung berapi. Walaupun ianya tidak meletus dan kita semua pun pastinya tidak mahu ianya meletus, tetapi gunung berapi tersebut merupakan satu khazanah yang perlu sentiasa dikaji dan diambil tahu oleh semua rakyat Malaysia terutamanya orang Tawau itu sendiri. Dengan itu, marilah kita sama-sama warga Tawau, menjaga khazanah yang ada di Tawau. Sekian penulisan kali ini, jumpa di artikel yang seterusnya. 

Sumber Rujukan : 
1. https://openjicareport.jica.go.jp/pdf/10312106_02.pdf
2. https://gsm.org.my/products/702001-100383-PDF.pdf
3. https://www.researchgate.net/publication/331255950_Geological_heritage_features_of_Tawau_volcanic_sequence_Sabah
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Maria
5. https://www.utusanborneo.com.my/2017/11/03/motac-teroka-kawasan-gunung-berapi
6.https://www.researchgate.net/figure/Lithology-and-surface-manifestation-map-of-the-Apas-Kiri-geothermal-field-showing-the_fig1_320224096

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *