Sebatik: Pertemuan Dua Negara Serantau di Bumi Tawau

Bertemu lagi kita dalam penulisan artikel kali ini. Semua sudah baca tentang artikel Sekolah Melayu Pertama di Tawau sebelum ini? Kalau sudah baca, bolehlah share dengan warga Tawau yang lain ya.



Untuk penulisan kali ini, kami di Tawaukini akan berkongsi berkenaan dengan sebuah tempat yang berada tidak jauh daripada Bandar Tawau. Namun, kawasan tersebut mempunyai dua pemilik diantara dua negara. Pastinya semua sudah tahu berkenaan dengan lokasi ini kan? Dengan itu, kali ini penulis akan berkongsi tentang sejarah dan perkembangan bagi Pulau Sebatik, selain itu juga kita akan menjenguk apa pandangan bagi penduduk di pulau tersebut samada warganegara Malaysia ataupun Indonesia. 


Angkara Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan

Keunikan Pulau Sebatik pastinya telah diketahui ramai iaitu pulau yang dimiliki oleh dua negara, Malaysia dan Indonesia. Persempadanan ini pastinya menjadi tanda tanya kepada ramai pihak. Pada artikel kali ini kita akan kongsikan serba sedikit sejarah Pulau Sebatik ini.

Persempadanan yang menyebabkan Sebatik terbahagi kepada dua bahagian


Apa kaitan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan dengan Pulau Sebatik? Pada tahun 1997, Kerajaan Malaysia telah mendapat pemilikan dua buah pulau iaitu Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan daripada Mahkamah Kehakiman Antarabangsa ataupun International Court of Justice (ICJ) hasil daripada rayuan yang dikemukakan. Kedua-dua pulau ini menjadi rebutan antara Malaysia dan Indonesia. Namun, setelah keputusan mahkamah dibuat, Indonesia terpaksa akur dengan keputusan yang diputuskan. 

Dengan termeterainya keputusan tersebut, persempadanan baharu telah diadakan dan garisan persempadanan antara Malaysia dan Indonesia betul-betul melintasi kawasan tengah Pulau Sebatik. Maka kedua-dua negara mempunyai hak pemilikan terhadap pulau tersebut. Membahagikan kawasan tersebut kepada dua bahagian dimana bahagian utara dimilik oleh Malaysia dan kawasan selatannya pulak milik Indonesia. 

Kesan Persempadanan 

Akibat daripada persempadanan yang berlaku, ianya memberi kesan kepada masyarakat di Pulau Sebatik itu sendiri. Penulis akan kongsikan kesan daripada persempadanan ini daripada beberapa aspek kehidupan. 

a. Sosial


Antara kesan sosial yang dapat dilihat hasil daripada persempadanan yang berlaku ialah penduduk terpaksa berpisah dan mempunyai kewarganegaraan yang berbeza. Masyarakat yang sebelum ini hidup dengan aman dan sentosa kini dipisahkan dengan persempadanan antara dua negara.

Turut dikongsikan didalam artikel kali ini berkenaan dengan populasi penduduk di Pulau Sebatik.  Bagi penduduk Sebatik Indonesia dianggarkan mempunyai sekitar 80,000 orang penduduk malah penduduk Sebatik Malaysia pula yang dianggarkan sekitar 20,000 orang penduduk. 


b. Ekonomi


Berbicara soal ekonomi, penduduk dikawasan ini sememangnya bergantung dengan bandar yang berhampiran dengan pulau ini iaitu Pekan Tawau ataupun kini dikenali sebagai Bandar Tawau. Penduduk daripada Sebatik Indonesia turut mendapatkan bekalan daripada bandar ini dek kerana beberapa faktor antaranya faktor perbezaan harga barangan yang ketara diantara Sebatik Indonesia dan Sebatik Malaysia. 

   

c. Politik


Mendepani masalah ideologi yang berbeza disebabkan persempadanan dua negara pastinya bukan satu permasalahan yang mudah untuk ditangani, bukan dipihak pemerintah tetapi dikalangan masyarakat. Walaupun hidup serumpun didalam sebuah pulau, namun pembawaan perbezaan ideologi memisahkan masyarakat yang berada disini.

Antara kawasan sempadan diantara dua buah negara


Sebarang pertelingkahan yang berlaku diantara dua negara serumpun ini pastinya mendatangkan kemudaratan bagi mereka yang berada disini. Antara kesan yang ketara adalah tempat ini pernah menjadi medan pertempuran bagi kedua-dua negara pada tahun 1963 ketika peristiwa “Ganyang Malaysia”. 

d. Infrastruktur


Kedua-dua negara mengambil langkah yang berbeza dalam membangunkan kawasan di Pulau Sebatik ini. Kerajaan Indonesia mewujudkan 2 kampung iaitu Sei Nyamuk dan Mantikas. Sei Nyamuk merupakan sebuah kawasan yang digunakan untuk pusat komuniti masyarakat, manakala Mantikas pula adalah pusat nelayan. Manakalah Kerajaan Malaysia pula membangunkan Sebatik Malaysia melalui Program Mini Estet Sejahtera dan membuka 15 kampung yang baru. Selain itu, wujudnya sekolah bagi membangun tahap pendidikan masyarakat disini iaitu SMK Wallace Bay.

Smk Wallace Bay


Bagi kemudahan kesihatan disini, dibangunkan sebuah klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Sungai Tamang. Namun, klinik ini hanya mampu memberikan rawatan bagi kes-kes ringan sahaja manakala bagi kes-kes yang berat, pesakit akan dihantar ke Hospital Tawau dan terpaksa mengharungi perjalanan lebih kurang 1 jam bergantung kepada pasang surut air. 

Demikianlah, kisah Pulau Sebatik yang dapat dicoretkan di Tawaukini pada kali ini. Pulau Sebatik merupakan pulau yang perlu dibangunkan segera untuk keselesaan masyarakat disana dan seterusnya menjadikan pulau ini lokasi yang dapat dikunjungi oleh para pelancong yang datang ke Tawau seperti Semporna. Terima kasih dengan semua penulis artikel sebelum-sebelum ini berkenaan dengan Pulau Sebatik. Boleh rujuk link pada sumber untuk membaca penulisan yang dihasilkan oleh mereka. 



Sumber :  

1.https://iluminasi.com/bm/pulau-sebatik-sebuah-pulau-yang-dikongsi-malaysia-dan-indonesia.html
2. http://www.ibnuhasyim.com/2016/06/aku-di-pulau-sebatik-sebuah-pulau.html
3. https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=717124
4. http://puteralapismahang.blogspot.com/2015/03/114-satu-pulau-dua-negara.html
5. http://peluangtercipta.blogspot.com/2013/10/pulau-dua-negara-pulau-sebatik.html
6. http://seinyamuk.desa.id/profil/sejarah/
7. http://ilzafmenulis.blogspot.com/2012/09/pulau-sebatik-hidup-lebih-baik-di.html
8. http://jknsabah.moh.gov.my/V8/index.php/en/orang-awam/direktori/senarai-klinik-kesihatan
9. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Wallace_Bay
10. https://www.researchgate.net/figure/Map-of-Sebatik-Island-Source_fig1_328484992
11. http://smjkwb.blogspot.com/2012/12/pengenalan-sejarah-smk-jepun-wallace-bay.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *