Gesa Dewan Undangan Negeri Untuk Bersidang – YB Sarifudin Hata


“Saya sebagai wakil rakyat tidak boleh bersidang di Dewan Undangan Negeri, jadi kita tidak boleh menyuarakan, begitu juga dengan Parlimen yang sedang digantung dan tidak boleh menyuarakan apa yang terbuku dihati rakyat”. Berikut merupakan antara petikan jawapan daripada YB Sarifudin berkenaan dengan permasalahan rakyat Tawau.

Beliau berkata demikian didalam satu sesi temubual khas yang diadakan oleh Syarikat Pemasaran Digital, Tawaukini Media Solution yang merupakan pengasas kepada Facebook Page Tawaukini.

Tembual Bicara Suara Tawau menampilkan tiga panel jemputan dijemput bagi memberikan perkongsian permasalahan yang berlaku dikalangan rakyat. Antara yang turut menjadi panel jemputan ialah Tuan Mazlan Ngatiman, Pemilik Perniagaan Malan Chicken Wing dan Ustaz Irwan yang merupakan Ahli Lembaga Masjid Az Zaemah, Bandar Sri Indah. 

Darurat Menyukarkan Penyampaian Suara Rakyat

Ketika ditanya berkenaan dengan tindakan yang mungkin dapat dilakukan bagi menyampaikan permasalahan rakyat kepada Kerajaan Negeri, beliau mengulas berkenaan dengan situasi yang berlaku pada sekarang ini, yang bukan sahaja situasi PKP namun situasi darurat turut berlaku. Kesannya, wakil rakyat tidak dapat bersidang dan tidak dapat menyuarakan pendapat dan permasalahan rakyat di Dewan Undangan Negeri. 
Tindakan yang dapat dilakukan sekarang ini bagi menyampaikan permasalahan adalah berhubung dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Tawau. Namun, surat yang telah dihantar sebelum untuk membuat pertemuan masih belum mendapat jawapan. Pertemuan bersama dengan PKOB adalah bertujuan untuk membincangkan dan meneliti semula SOP yang telah dikeluarkan terutamanya dikawasan Tawau. 

Kesan Kepada Peniaga

Hal ini kerana, terdapat pelbagai masalah yang timbul dan memberi kesan kepada masyarkat di Tawau berikutan pengisytiharan PKP dan PKPD dibeberapa kawasan di Tawau. Antara masalah yang muncul adalah daripada kalangan peniaga. Tuan Mazlan yang merupakan antara peniaga yang terjejas memberikan sedikit sebanyak luahan berkenaan tentang permasalahan yang berlaku dikalangan peniaga.

Bila tibanya bulan Ramadhan, para peniaga selalunya dapat melipat gandakan keuntungan, namun apabila berlakunya PKP, perniagaan menjadi merosot. Dan dalam masa yang sama, ramai peniaga yang telah mengeluarkan modal perniagaan untuk berniaga di bulan Ramadhan kali ini namun apabila berlakunya PKP dan pertukaran SOP mereka terpaksa menanggung kerugian. 

Suasana Sayu di Bulan Ramadhan

Selain daripada permasalahan para peniaga, didalam temubual juga turut membincangkan berkenaan fungsi masjid dan ahlinya. Ustaz Irwan yang merupakan salah seorang ahli lembaga masjid meluahkan rasa sedih apabila masjid menjadi tumpuan setiap kali berlakunya PKP dimana masjid akan mula ditutup. Keadaan itu menjadi lebih sedih apabila berlakunya didalam bulan ramadhan. Cadangan turut diberikan oleh pihak Ustaz Irwan bagi membenarkan pihak masjid melaksanakan Solat Sunat Tarawih di kawasan yang lapang seperti kawasan gelanggang dengan mematuhi SOP dan penjarakan sosial serta pemantauan daripada pihak berkuasa. Diharapkan cadangan ini dapat diperhalusi oleh pihak yang berkenaan. 
Diharapkan segala cadangan dan rintihan daripada masyarakat marhaen dapat didengarkan oleh pihak yang sepatutnya. Situasi PKP kali ini bukan sahaja memberikan tekanan kepada ekonomi rakyat malahan dari segi mental turut timbul. Semoga permasalahan yang berlaku di Tawau dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan aman damai. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *