Syawal kali ini disulam dengan berita meruntun jiwa mengenai perang yang berlaku di antara Palestin dan Israel yang masih belum reda sehingga ke hari ini.
Berikut adalah kronologi secara ringkas dan umum mengenai apa yang sebenarnya terjadi pada Palestin dan Israel:
1. Penduduk kawasan Sheikh Jarrah (ya, ni nama tempat bukan nama orang) dihalau secara paksa oleh tentera Zionis walhal itu tanah mereka.
2. Rentetan peristiwa “pengusiran” itu, rakyat Palestin rasa marah dan protes aman berlaku. Walaupun telah dikasari oleh tentera Zionis, protes aman itu tetap diteruskan dan seterusnya membawa kepada serangan Zionis di Masjidil Aqsa.
3. Disebabkan pada masa itu bulan ramadan masih berbaki, ramai yang turun untuk mengimarahkan masjid untuk beribadah dan menunaikan solat teraweh disamping turut melaungkan kata-kata semangat yang mengutuk perbuatan Israel laknatullah.
3. Zionis terus- menerus melakukan kekerasan dengan sebab kononnya untuk menyuraikan orang Palestin yang berkumpul di Masjidil Aqsa. Antara kekerasan yang mereka lakukan adalah melempar bom asap, menggunakan gas pemedih mata dan menembak peluru getah yang menyebabkan lebih 600 orang rakyat Palestin tercedera apabila diserang ketika sedang beribadah.
4. Walaubagaimanapun, rakyat Palestin tidak sesekali akan mengalah. Pada malam seterusnya, semakin ramai rakyat Palestin yang turun membanjiri Masjidil Aqsa tidak kira jantina, lelaki mahupun wanita. Walaupun mereka tahu tempat itu telah disekat oleh tentera Zionis laknatullah namun mereka tidak gentar sama sekali.
5. Maka, berlakulah lagi sekali serangan daripada Zionis laknatullah kepada orang awam yang membanjiri Masjidil Aqsa. Pada kali ini, ada pemuda-pemuda yang sudah siap sedia menyimpan batu-batu yang telah dikutip di dalam masjid (⛔ pihak pro Israel sering menjadikan perbuatan ini sebagai hujah untuk mereka, kononnya pemuda-pemuda Palestin simpan batu dimasjid untuk menyerang tentera mereka yang berkawal di sana walhal, batu itu digunakan sebagai pertahanan mereka apabila tentera Zionis laknatullah ini melakukan kekasaran terhadap mereka).
Maka, terjadilah Tentera Zionis VS Orang Awam Palestin (bukan tentera vs tentera ya, lepastu ada hati pula pihak Israel ni cakap rakyat Palestin teroris. Batu vs senapang, siapa yang teroris ni sebenarnya hah? Terpaling ‘play victim’ !!!).
6. Apabila ramai orang awam yang tercedera dan ditahan disebabkan oleh pertempuran dengan Zionis, Hamas secara rasminya turun padang.
7. Hamas membuat dua tuntutan yang diumumkan oleh Abu Ubaidah (jurucakap Hamas) sebelum mula menyerang Israel, iaitu keluar dari Sheikh Jarrah dan tinggalkan Masjidil Aqsa serta bebaskan semua tahanan.
8. Hamas bagi masa dengan pihak Zionis sehingga pukul 6 petang (waktu tempatan sana) untuk penuhi tuntutan mereka. Tetapi, Zionis endahkan.
9. Hamas melalui Bridget Al Qassam pun mula lancarkan roket jarak jauh diikuti beberapa siri serangan selepas itu.
10. Pihak Israel membunyikan siren amaran untuk penduduk mereka. Kehadiran “iron dome” (penangkis peluru berpandu) dan tempat perlindungan bom membantu mereka meminimakan kesan serangan daripada Al Qassam. Namun begitu, suasana kucar kacir dilaporkan oleh pihak media Israel dan beberapa kerosakan turut belaku apabila “iron dome” mereka gagal memintas beberapa serangan daripada Al Qassam.
11. Naratif media yang pihak Israel canangkan kepada seluruh dunia ialah; HAMAS yang serang dulu, padahal kebenarannya mereka yang rampas hak orang Palestin malah melakukan kekasaran terlebih terdahulu.
12. Presiden Turki ada menghubungi beberapa pemimpin dunia (termasuk Malaysia) untuk mencari langkah penyelesaian yang terbaik. Rakyat seluruh dunia turut bersolidariti terhadap apa yang berlaku.
13. Sehingga hari ini, perang masih lagi diteruskan. Telah banyak yang nyawa yang tidak bersalah terkorban dan kerosakan berlaku di merata tempat akibat serangan balas-membalas dan tidak perikemanusiaan Israel yang menyasarkan tempat awam dan rumah penduduk Palestin.
Negara-negara jiran Palestin seperti Lubnan, Syria, Jordan dll mula melakukan aksi protes untuk membantu rakyat Palestin. Beberapa percubaan untuk masuk ke Palestin dilakukan namun digagalkan dengan tembakan rambang oleh tentera Zionis di sempadan mereka.
Setakat ini, belum ada sinar penyelesaian daripada peperangan yang menyaksikan kezaliman Israel ini.
“Janji Allah, Palestin pasti menang, tetapi persoalannya, adakah kita tergolong dalam golongan yang memenangkan Palestin itu?”
Marilah kita banyakkan berdoa dan lakukan peranan kita untuk sebarkan kebenaran tentang isu ini sebaiknya. Semoga rakyat Palestin mendapat pembelaan sewajarnya dan kemenangan. Amin!
#shameonIsrael
#Israelkoyak
#FreePalestin