Apa itu Jaringan Prihatin ?
Program Jaringan Prihatin merupakan sebuah program penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.
Program Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta dua belas (12) syarikat telekomunikasi di Malaysia, iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.
Jenis Subsidi Yang Ditawarkan
Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan, iaitu:
- Subsidi 1: Subsidi pelan data bulanan; atau
- Subsidi 2: Subsidi pembelian pakej peranti mudah alih.
Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:
- RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
- RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.
Sementara itu, penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:
- RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
- RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.
Anda boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi terpilih dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021. Keseluruhan program ini akan berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2022.
Cara Membuat Tebusan Untuk Pengguna Telco Maxis/Hotlink
Kaedah 1 : Melalui Aplikasi Maxis/Hotlink
Langkah Pertama : Pendaftaran
5. Tunggu pengesahan SMS. Semoga Bermanfaat !
Sumber :
1. https://www.maxis.com.my/ms/campaigns/jaringan-prihatin/#products
2. http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin