Mengungkap segala “keraguan” mengenai Palestin ~ Perlukah kita bersolidariti bersama Palestin?

Pada akhir bulan ramadan sehingga syawal menjelma, telah berlakunya peperangan diantara Israel dan Palestin. Serangan ke atas Palestin ini bukan kali pertama tetapi telah berkali-kali berlaku sejak puluhan tahun yang lalu. 


Setelah beberapa hari berlalu, akhirnya peperangan yang mengorbankan banyak nyawa rakyat Palestin itu berakhir dengan genjatan senjata yang dipersetujui oleh kedua pihak. Namun begitu, perlu kita sedari bahawa perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada tangan-tangan zalim Israel masih belum berakhir. 


Baru-baru ini, satu forum ilmiah [Klik Sini Untuk Menonton] menerusi Facebook Live telah diadakan oleh TawauKini dengan tajuk Wacana Untukmu Palestin : Solidariti Rakyat Malaysia. Forum ini menampilkan dua panel hebat untuk kita semua khususnya masyarakat Tawau agar terus cakna tentang isu yang berlaku ini. 


Encik Fahmi, Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia memulakan forum ini dengan menerangkan sejarah Palestin secara ringkas dan padat untuk memberi kefahaman yang jelas tentang apa yang kita perjuangkan bersama Palestin sebenarnya. Beliau turut menegaskan, isu ini bukan sahaja isu keagaamaan, namun turut melibatkan isu keamanan sejagat dan kemanusiaan. 

Bersikap neutral dan tidak ambil peduli?


Sikap neutral dalam mendepani isu ini amatlah tidak wajar sekiranya kita tahu dan faham sejarah bagaimana bermulanya pendudukan Palestin oleh Zionis Israel lebih-lebih lagi jika kita buka mata dan  mula ambil tahu secara serius tentang kekejaman yang dilakukan oleh zionis laknatullah kepada rakyat Palestin. 


Puan Jumriati (pengurus Aman Palestin Sabah) menceritakan pengalaman sedih beliau sendiri ketika menjejakkan kaki di bumi Gaza dan insiden-insiden kekejaman zionis Israel laknatullah dengan terperinci menunjukkan betapa tidak seharusnya untuk kita bersikap neutral dalam isu ini. 

“Tiada tempat di dunia ini seperti Gaza. Gaza seperti sebuh penjara yang besar.”

Two state solution? 

Two State Solution hanyalah satu penyelesaian yang singkat dan tidak cukup adil untuk rakyat Palestin khususnya. Bahkan rakyat Israel sendiri tidak setuju dengan penyelesaian ini kerana mereka sebenarnya mahukan Palestin secara total. 

Maka, sekiranya two state solution ingin dilaksanakan,  segala perjanjian yang dilakukan Israel perlu dibatalkan dan rakyat Palestin mendapat hak mereka sebagai manusia bukan demi kepentingan Israel semata-mata, kata Encik Fahmi. 

Solidariti untuk Palestin 

Isu ini mendapat perhatian dunia melalui media sosial. Demonstrasi aman serta solidariti ditunjukkan oleh masyarakat di seluruh dunia tanpa mengira agama jelas menunjukkan bahawa masyarakat dunia mula faham perkara ini sebenarnya melangkaui isu keagaaman semata-mata. 


Israel mula rasa tertekan dan tidak dapat lagi menutup fakta yang sebenar walaupun media mereka masih lagi berusaha memutarbelitkan fakta. 

Dengan itu, ketahuilah peranan kita dalam menunjukkan solidariti dan turut serta dalam “perang siber” dengan memberikan maklumat dan fakta yang benar membantu untuk memberikan tekanan/amaran kepada zionis Israel agar tidak melakukan kezaliman kepada rakyat Palestin. 

” They have rocket above us, but we have Allah above the rockets.” – Palestinians. 

Akhir kata, marilah kita bersama-sama ambil peduli tentang isu ini agar tidak timbul sebarang keraguan untuk turut serta bersolidariti bersama Palestin tercinta. 

Takbir ! 



#shameonIsrael
#IsraelKoyak
#FreePalestine
#StandwithPalestine
#VisitIsrael_neverâ›”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *