[Terkini] Tarikh Pembayaran BPR Fasa 2 Diumumkan

Pembayaran Fasa 2 menyusul setelah pembayaran Fasa 1 pada 24 Februari 2021. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan sebuah inisiatif bantuan langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021. 

Berlaku peningkatan jumlah kepada penerima iaitu isi rumah iaitu antara RM1500 sehingga RM600 berdasarkan kelayakan setiap penerima.

Tarikh dan Saluran Pembayaran 

Berikut merupakan saluran pembayaran buat jenis-jenis penerima 
1. 7 Mei sehingga 12 Mei 2021 adalah pembayaran untuk Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang. Pembayaran akan dilakukan secara kredit ke dalam akaun bank.

2. 17 Mei 2021 adalah pembayaran untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak). Pembayaran dilakukan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa. 


Tempoh permohonan rayuan dibuka mula 5 sehingga 30 Jun 2021. Hal ini diadakan bagi memastikan permohonan yang telah ditolak boleh mengemukakan semula permohonan dan rayuan. 

Untuk membuat semakan, sila ikuti cara dibawah : 


1. Klik pada pautan semakan berikut – semak disini

2. Tekan pada butang “log in” untuk menlog masuk. Sila masukkan nombor kad pengenalan beserta kata laluan.

3. Klik pada butang status semakan untuk membuat semakan.

4. Selamat membuat semakan dan menerima pembayaran. Diharapkan dapat digunakan dengan sebaiknya untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang mendatang. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *