Berikutan pengumuman PKP 3.0 “Total Lockdown”, pastinya memberikan kesan kepada masyarakat. Pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri sehari sebelum PKP Penuh berlangsung menyentuh berkenaan dengan Moratarium yang pastinya dinanti-nantikan oleh ramai pihak.
Berikut merupakan perkongsian berkenaan dengan cara untuk membuat permohonan Moratorium Maybank yang boleh dibuat melalui permohonan dalam talian iaitu dengan melayari maybnak2u.com.my.
Kriteria Pemohon
Antara yang layak untuk membuat permohonan lanjutan tempoh moratarium ialah :
1. Pelanggan Maybank, termasuk dengan pelanggan yang tergolong dibawah kategori B40.
2. Penerima bagi Bantuan Sara Hidup (BSH)
3. Penerima bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
4. Hanya untuk pelanggan yang telah membuat pinjaman atau pembiayaan dan diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak membuat tunggakan pembayaran lebih daripada 90 hari sahaja.
5. Golongan M40 juga boleh membuat permohonan untuk lanjutan moratarium ini.
Jenis Pinjaman Yang Dibenarkan
Senarai pinjaman yang dibenarkan untuk moratorium PKP 3.0 kali ini adalah seperti yang berikut :
1. Pinjaman Gadai janji (Mortgage), Pinjaman Pendidikan (Education), ASB, Pinjaman / Pembiayaan PKS
- Pinjaman Rumah / Perumahan (mortgage/gadai janji)
- Pinjaman Pelajaran (education)
- Pinjaman ASB (ASB Financing)
- Pinjaman Perniagaan SME (SME Loan / Financing)
2. Sewa Beli (Hire Purchase)
3. Pinjaman / Pembiayaan Peribadi (Personal Loan / Financing)
4. Hutang Kad Kredit (Credit Card)
Cara Permohonan Moratorium Maybank Secara Dalam Talian
Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat permohonan lanjutan moratorium :
1. Lawati laman web rasmi Maybank pada pautan berikut –
Maybank2u
Peringatan : Jangan klik pada pautan Back To The Classic Maybank2u (Gunakan paparan Maybank2u yang baharu seperti yang terpapar diatas)
2. Klik pada pautan yang tertulis Covid-19 Assistance
3. Skrol ke bawah sehingga ke bahagian seperti yang tertera, pilih kategori dan klik pada butang “Send email for TRA”.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan kemudahan kepada individu berkenaan untuk membuat perlanjutan moratarium bagi PKP 3.0 Total Lockdown kali ini. Semoga dipermudah.