SPRM melakukan penahanan kepada seorang lelaki berumur linkungan 42 tahun yang dipercayai telah melakukan perbuatan merasuah anggota penguatkuasa di sekitar Tawau bagi melindungi kegiatan judi haram yang dilakukan sejak tahun lepas. Di dalam serbuan yang dilakukan, pihak SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM40,000 dan menyita empat akaun bank bernilai RM300,000 disyaki hasil dari kegiatan haram yang dilakukan selama ini.
Menurut Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy, beberapa tangkapan susulan akan dilakukan berhubung dengan kes yang berlaku.
|
Sumber Gambar : SPRM |
Hari ini, tiga individu termasuk dua wanita direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung isu rasuah penguatkuasa bagi melindungi kegiatan haram disini. Perintah reman yang dikeluarkan oleh Majistret Dzul Elmy Yunus bermula 21 Jun 2021 sehingga 27 Jun 2021 selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret.
Suspek yang ditahan berumur linkungan 23 sehingga 57 tahun ditahan 11 pagi semalam di sebuah premis di Bandar Tawau dan disiasat dibawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Sumber : Berita Harian Online dan FMT