ESSCOM Berkas PTI Di Tawau

Percubaan untuk menyelinap masuk secara haram ke negara ini berjaya dipatahkan setelah lima pendatang tanpa izin (PTI) ditahan di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas pada ahad lepas. 

Lima PTI yang ditahan pada pukul 7 malam melalui satu OP Cegah PATI (OCP) oleh Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) . Menurut Dato Ahmad Fuad Othman selaku Komander ESSCOM, pasukannya telah mengesan inidvidu dalam keadaan mencurigakan ketika sedang menjalankan rondaan cegah jenayah.

PTI yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak berumur 10 tahun. PTI ini telah dikenal pasti datang dari negara jiran. Hasil pemeriksaan kepada PTI, mendapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan telah mengaku baharu tiba ke daerah ini melalui jalan tikus. Tambahan pula, kesemua mereka tidak memiliki barang yang menyalahi undang-undang. 

Kelima-lima PTI yang ditahan, dibawah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi tindakan lanjut dan siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002). 

Dalam kesempatan yang sama, Komander ESSCOM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota keselamatan yang terlibat bagi membanteras PTI melalui operasi yang dilakukan.

Pihaknya, akan sentiasa membuat pemantauan pergerakan bagi kegiatan militan serta “Kidnapping For Ransim Group” (KFRG) yang dilihat menjadi ancaman keselamatan kepada negeri ini. 

Operasi yang dilaksanakan akan mendapat kerjasama daripada semua pasukan di Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Operasi ini akan dilaksanakan 24 jam tanpa henti bagi memastikan aktiviti jenayah rentas sempadan dapat dibanteras. 

Sumber : Utusan Borneo


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *