Gerai Jualan Tanpa Penjual ! ~ “Kalau ambil niat x elok, melekat dekat situ sampai tuannya datang”


Kebiasaannya setiap gerai jualan yang dibuka mestilah mempunyai penjualnya. Urusan jual beli dilakukan di antara pembeli dan penjual. Tetapi berbeza pula di beberapa tempat yang terletak di Sabah. Gerai jualan hanya dibiarkan tanpa ada penjual ! 



Seorang lelaki tempatan Sabah memuatnaik video di akaun tiktoknya (@tumatik90) yang menunjukkan beliau sedang membeli pisang dari sebuah gerai jualan yang tidak ber”penjual”. Terdapat satu bekas disediakan untuk meletak duit. Setelah mengambil pisang, beliau memasukkan duit ke dalam bekas tersebut. 

Video yang mencapai lebih daripada 3 juta tontonan serta 200k likes itu mendapat pelbagai jenis komen daripada netizen.  Ramai yang meninggalkan komen lawak dan menceritakan pengalaman mereka masing-masing. Tidak kurang juga yang memberi peringatan agar jangan pernah sesekali ambil barang jualan tersebut tanpa membayarnya. Tahulah akibatnya nanti!

@tumatik90

Kelebihan Jualan Di Sabah

♬ original sound – Tumatik


Sebenarnya, budaya ini turut diamalkan di hostel-hostel dan kebanyakan universiti. Budaya ini dapat mengajarkan kita agar sentiasa bersikap jujur dan tidak mengambil barang yang bukan hak kita sewenangnya. 

Begitulah keharmonian rakyat Sabah yang perlu kita kekalkan. Sikap saling menghormati dan tidak mengambil kesempatan memberi kelebihan kepada banyak pihak. Penjual pun tidak perlu penat-penat dan berpanas menunggu pembeli seharian. Manakala, pembeli pun tidak perlu menunggu lama sekiranya penjual tidak berada di gerai jualannya.  

Tapi apapun memang power betul ni “tawakkal” tuan punya jualan!



Kredit: @tumatik90


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *