Dalam artikel kali ini, kita akan berkongsi tips bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan tanpa menggunakan sebarang produk. Perkara yang paling penting dalam misi untuk mengurangkan berat badan adalah sentiasa menjaga disiplin dalam mematuhi segala saranan yang diberikan.
Jom ketahui tips mengurangkan berat badan, terutamanya ketika PKP. Pastinya banyak dikalangan kita yang “tersadai” dirumah dan mengunyah setiap masa. Ambil masa yang terluang untuk menjaga kesihatan dan berat badan kita agar tidak mendapat penyakit yang tidak disangka-sangka.
1. Buang Toksin Dalam Badan
Untuk kurangkan berat badan, pertama dan utama sekali anda perlu membuang toksin yang terkumpul dalam tubuh. Caranya, minum air kosong sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. Ia mempercepatkan perkumuhan dan toksin bersama lemak akan keluar bersama perkumuhan ini. Bila toksin dan lemak berkurangan, badan bukan sahaja lebih sihat dan bertenaga, malah anda akan rasai perubahan yang ketara pada berat badan.
Untuk menambah ‘perisa’ pada air kosong, anda boleh tambahkan beberapa bahan semula jadi yang bukan sahaja membuatkan anda ingin menikmatinya, dalam masa yang sama membantu mengeluarkan toksin dalam badan dengan cara selamat iaitu dengan membuat minuman “Detox”. Contohnya, minum air lemon setiap pagi.
2. Pemakanan Yang Disarankan
Untuk mengurangkan berat badan, pengambilan makanan juga penting. Sebagai contoh, untuk sarapan kita disarankan untuk mengambil roti dan minum air suam. Seterusnya, di waktu tengahari, kita akan mengambil nasi, sayur dan ayam atau ikan. Selepas itu, pada waktu malam, kita tidak disarankan untuk makan nasi sebaliknya makan buah epal. Jika tengahari tidak sempat untuk makan nasi, maka nasi perlu diambil pada waktu malam, disarankan sebelum 8 malam.
3. Pengambilan air kosong
Air kosong merupakan antara elemen yang penting dalam misi untuk mengurangkan berat badan. Antara kepentingan air untuk tubuh badan kita adalah membantu mengubah makanan kepada tenaga, mengawal suhu badan, menyingkirkan bahan buangan, bantu penyerapan nutrient dan banyak lagi. Jumlah air yang disarankan untuk diminum setiap hari adalah 2 liter atau cara mudahnya minum satu botol besar air mineral (1.5L) ditambah dengan satu botol kecil (0.5L).
4. Perlu bersenam
Dalam mengurangkan berat badan, senaman juga diperlukan. Hal ini kerana, untuk ianya akan membantu memudahkan badan membuang segala toksin yang tidak diperlukan.
5. Perlu Elak Dan Tidak Perlu Elak
Bagi sesiapa yang berazam untuk mengurangkan berat badan, mereka perlu bersedia untuk “berpuasa” daripada mengambil minuman manis dan makan makanan “fast food”. Pengambilan minuman dan makanan tersebut akan menyebabkan proses terganggu.
Perkara yang tidak perlu dielak pula adalah, makan nasi. Nasi perlu diambil, tapi kuantitinya dikurangkan. Jangan sampai ada yang tidak mengambil nasi.
Diharapkan dengan tips yang dikongsikan pada hari ini dapat membantu merealisasikan keazaman mereka yang ingin mengurangkan berat badan terutama di masa-masa PKP ini.