Keadaan ini dialami oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Beberapa hari yang lepas, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan warga Sabah yang terpaksa menempatkan diri ditepi laut disebuah kawasan untuk meneruskan kelangsungan hidup dek kerana hilang sumber pendapatan.
Menurut individu tersebut, dia akan menyalurkan bantuan makanan dan minuman kepada mereka yang berada disitu. Selain itu, beliau juga memperkatakan bahawasanya akan membantu warga Sabah tersebut untuk mendapatkan pekerjaan setelah kelonggaran diberikan oleh pihak berkuasa. Diharapkan mereka akan mendapat bantuan yang sepatutnya.
Video Penuh :
Inilah realiti yang dihadapi oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia. Mujur warga netizen sentiasa peka dan prihatin terhadap masyarakat yang memerlukan. Satu gerakan bendera putih telah diadakan sebelum ini bagi membantu mereka yang memerlukan. Sekiranya anda merupakan seorang masyarakat yang ingin membantu, kunjungi kumpulan Facebook Solidariti Bendera Putih pada pautan berikut : FB Group Solidariti Bendera Putih.
Kepada semua masyarakat di Tawau dan semua rakyat Malaysia, diharapkan kita sentiasa peka akan nasib masyarakat sekeliling kita. Hulur dan bantulah mengikut kemampuan yang kita miliki. Semoga segala wabak yang melanda akan segera berakhir.