Penahanan dibuat kepada tiga lelaki tempatan yang disyaki membawa masuk 20 ekor ayam sabung dari negara jiran. Penahanan tersebut dibuat di Kampung Batu Payung pada jumaat yang lepas.
manakala empat lelaki sedang sibuk menyusun sesuatu dalam kenderaan.
Ketika itu, beberapa penduduk dan anggota polis bertindak menyerbu kenderaan yang terlibat. Serbuan itu berjaya menahan tiga lelaki manakala seorang lagi bertindak melarikan diri ke kawasan berhampiran.
Setelah tahanan dilakukan, pemeriksaan kepada kenderaan dan individu yang ditahan telah menemukan 11 kotak kayu berisi ayam sabung. Ayam sabung tersebut dipercayai diseludup dari Tarakan, Indonesia.
Suspek dikatakan dalam perjalanan menuju ke kawasan ladang berhampiran sempadan Kunak-Tawau dipercayai bagi tujuan penjualan dan perjudian sabung ayam.
Salah seorang penduduk berkata, mereka akan terus menghulurkan bantuan kepada pihak berkuasa dalam memerangi kegiatan penyeludupan dan kemasukan pendatang tanpa izin (PTI) ke daerah ini.
Sambungnya lagi, ia merupakan tanggungjawab kami dalam memerangi jenayah sebegini kerana bimbang akan menyumbang kepada penyebaran Covid-19 yang dibawa dari negara jiran.
Semua suspek berusia 20 hingga 44 tahun itu, serta dua kenderaan dan 11 kotak kayu berisi ayam sabung diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sumber : Utusan Borneo