Belum Ada Sijil Di MySejahtera Padahal Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin? Jangan Panik, Ini Cara Penyelesaiannya.

 


Semua sudah lengkap dua vaksin kah?? Kalau yang sudah lengkap 2 vaksin tu, nanti mesti sudah dapat kemasikini paparan sijil digital di dalam aplikasi MySejahtera kamu. 

Tapi, ada sesetengah orang, sijil digital terbabit masih belum dikemaskini dan hanya menggunakan kad vaksin sebagai bukti yang mana hanya boleh digunakan untuk sementara waktu sahaja.

Faktor Sijil Vaksin Tidak Dikemaskini

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya perkara tersebut : 


1. Nombor siri vaksin yang tidak dikemaskini di stesen terakhir semasa menerima suntikan

2. Maklumat penerima di dalam aplikasi MySejahtera berbeza dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

3. Penerima yang mendapat suntikan vaksin di luar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) seperti program dijalankan oleh kerajaan negeri, pihak swasta, pejabat kedutaan dan penerima vaksin di luar negara apabila data-data tersebut tidak melalui sistem sedia ada.


Oleh itu, sekiranya profil MySejahtera anda masih belum dikemaskini, ikuti langkah seperti berikut.

LANGKAH 1

Pergi ke aplikasi MySejahtera dan tekan butang Helpdesk.

LANGKAH 2

Setelah itu, tekan pada permasalah yang dihadapi iaitu “M” Saya telah divaksin tetapi sijil digital tiada di halaman profil

LANGKAH 3

Kemudian, pengguna kena mengemaskini maklumat yang diperlukan  

LANGKAH 4

Masukkan maklumat vaksinasi anda. Pastikan jenis vaksin, tarikh vaksinasi dan tempat vaksinasi adalah betul. 

LANGKAH 5

Setelah selesai, pengguna perlu memuat naik gambar kad vaksinasi di bahagian ini. Jika anda sudahpun buang atau tiada kad tersebut, tekan sahaja butang “hantar”.

Pastikan setelah anda lengkap menerima 2 dos suntikan vaksin, semak aplikasi MySejahtera pada bahagian profil.

Ini kerana Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 sepatutnya akan terpapar serta merta. Sekiranya tiada, anda perlu terus ke kaunter PPV secepat mungkin untuk mendapatkan bantuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *