Adakah yang kena saman JPJ di Tawau ni? Nah, kalau tiada masa untuk berjalan pergi UTC atau JPJ untuk bayar sama, mungkin boleh cuba cara ni.
Berikut adalah cara untuk login, buat semakan dan seterusnya buat pembayaran saman JPJ. Sila daftar mySIKAP sekiranya anda masih lagi belum ada ID Pengguna dan Kata Laluan.
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Masukkan ID Pengguna
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan Kod Sekuriti seperti yang terpapar
- Tekan Log Masuk.
- Jika tidak ada apa-apa kesulitan, anda akan dapat masuk ke dalam sistem mySIKAP
- Akan ada beberapa pilihan di sini:
- Utama
- Lesen Memandu
- Kesalahan & Penalti
- Kejuruteraan Automotif
- Resit / Perkhidmatan Lain
- Tekan Kesalahan & Penalti
- Di bahagian Butiran Saya, sila semak maklumat berikut:
- No Pengenalan
- Nama
- Kategori
- Teruskan ke bahagian PEMBAYARAN SAMAN
- Di bahagian Carian Saman Untuk, pilih No Pengenalan
- Pilih No Pengenalan Saya untuk bayar saman yang dikenakan ke atas diri sendiri
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan sendiri
- Tekan butang Cari
- Jika anda mempunyai saman JPJ, ia akan terpapar di sini
- Lihat bahagian BUTIR-BUTIR SAMAN
- Maklumat semakan yang terpapar adalah seperti berikut:
- No Saman
- No Pendaftaran Kenderaan
- Status
- Keterangan
- Amaun (RM)
- Jika ada diskaun, amaun yang terpapar adalah yang sudah diberikan diskaun
- Pilih saman yang anda ingin bayar
- Seterusnya, jika ingin meneruskan untuk membuat pembayaran, klik pautan Bayar Saman di bahagian bawah sekali
- Di bahagian KETERANGAN TRANSAKSI, sila double-check saman yang ingin dibayar
- Di bahagian PILIH KAEDAH PEMBAYARAN, ada dua pilihan:
- Kad Kredit (VISA, MASTERCARD)
- Perbankan Internet (Contohnya Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain)
- Di bahagian BAYAR, tekan butang Bayar
- Untuk melancarkan urusan, pastikan anda matikan popup
- Seterusnya, ikut sahaja arahan seperti yang tertera di skrin
- Teruskan transaksi sehingga selesai pembayaran saman JPJ
- Selesai
Sumber : The Rohani