Cara Daftar ASB Tanpa Perlu Ke Kaunter Bank, Melalui Online Sahaja!

Berita gembira untuk anda!

Tahukah anda, kini anda boleh mendaftar akaun ASB tanpa perlu pergi ke kaunter lagi! Untuk mendaftar, anda hanya perlu memuat turun aplikasi myASNB di peranti anda. 

KELEBIHAN

1. Auto Labur ; Pelaburan bulanan kini lebih mudah secara automatik. Hanya perlu tentukan tarikh dan amaun yang anda kehendaki.

2. Jualan Balik ; Kemudahan pengeluaran secara dalam talian di mana wang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pilihan anda.

3. Penyata Akaun ; Muat turun penyata tahunan, pegangan dan urusniaga terperinci untuk pemantauan akaun pelaburan yang lebih efisyen.

4. Penukaran Dana ; Lakukan penukaran dana dengan mudah secara dalam talian dan semak jumlah pelaburan dalam masa nyata.

Cara Daftar ASB Melalui Aplikasi myASNB

Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda kini boleh membuka akaun ASB anda. Sila rujuk langkah-langkah dibawah;

1. Muat turun aplikasi myASNB melalui Google Play atau App Store ke peranti anda. 

2. Klik “Daftar”. 

3. Kemudian, pilih jenis ID (IC Baru), masukkan no kad pengenalan anda, dan no telefon anda. Pastikan no telefon anda aktif dan boleh menerima sms ya. 

4. Seterusnya, masukkan 6 digit OTP yang diterima melalui sms. 

5, Lengkapkan maklumat yang diperlukan. 

6. Ikuti langkah pengesahan yang diarahkan. (Gambar kad pengenalan depan belakang, video swafoto, dan lain-lain)

7. Setelah semua proses pendaftaran selesai, anda boleh mulakan pelaburan anda!



Dokumen Yang Perlu Disediakan

1. ID (Mykad)

2. Maklumat Peribadi

3. Maklumat Akaun Bank



Mudahkan? Jangan lupa muat turun dan daftar myASNB sekarang! Ohya, pendaftaran melalui aplikasi myASNB hanya boleh dilakukan oleh warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan keatas sahaja.

Untuk video panduan pendaftaran, anda boleh layari akaun rasmi Youtube ASNBmy. Atau, KLIK SINI

Selamat mendaftar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *