Ada Masalah Kolestrol? Cuba Makan 5 Makanan Ini Untuk Mengurangkannya


Di Tawau ni, banyak betul makanan. Sehinggakan digelar sebagai syurga makanan. Disebabkan banyak betul makanan, kadang kita makan sampai tidak ingat dunia. Mengisi perut sehingga kenyang. Malahan sehingga menyebabkan kolestrol dalam diri itu meningkat. Tetapi dengan memakan makanan yang bermanfaat, dapat membantu untuk mengurangkan masalah kolestrol. 


Jika anda mengalami masalah kolesterol tinggi, apa kata cuba makanan ringan ini dalam menu harian untuk membantu menurunkan kolesterol.

Selain itu, imbangkan pemakanan dengan pola hidup sihat seperti bersenam, tidur yang cukup dan menguruskan tekanan. Ini kerana kolesterol tinggi dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.

Berikut adalah makanan ringan yang sihat dan kaya dengan nutrisi untuk menurunkan kadar kolesterol.

1. Edamame


Edamame merupakan makanan ringan yang sihat dan dapat membantu menurunkan kolesterol. Ia mengandungi serat dan beta-conglycinin yang dapat menurunkan kadar trigliserida.

2. Epal

Potongan buah epal dapat dijadikan snek di antara menu utama. Epal mengandungi serat yang dapat menurunkan kadar kolesterol jahat.

3. Avokado


Avokado merupakan sumber lemak tak tepu. Kajian menunjukkan ia terbukti menurunkan kolesterol jahat. Sebiji buah akokado mengandungi 10 gram serat.

4. Roti gandum

Roti gandum mengandungi serat yang tinggi sehingga dapat membantu menurunkan kolesterol tidak bagus. Kombonasi roti gandum dengan keju yang kaya akan probiotik juga baik untuk pencernaan.

5. Oat


Oat bukan hanya baik untuk sarapan tetapi ia juga boleh dimakan sebagai makanan ringan dalam membantu menurunkan kolesterol. Ia mengandungi serat yang mampu menyerap kolesterol jahat dalam badan.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *