Tempat Menarik Di Sabah: Hounon Ridge Farmstay & Camping, Wajib Anda Kunjungi!




Hai geng!

Mesti ramai yang sudah mula rindu untuk berjalan-jalan dan menikmati keindahan alam kan? 




Jangan pening kepala, buat warga Sabah khususnya, anda boleh cuba masukkan Hounon Ridge Farmstay & Camping yang terletak di Bundu Tuhan ini sebagai salah satu lokasi percutian anda!

Hounon Ridge Farmstay & Camping, View Macam Di New Zealand!



Terletak di Bundu Tuhan Ranau Sabah, Hounon Ridge Farmstay & Camping merupakan salah satu ‘hidden gem’ yang wajib anda kunjungi. Ia terletak kira-kira 21 km dari Kinabalu Park dan mempunyai pemandangan yang cukup mengujakan!

Sebelum membuat keputusan untuk mengunjungi lokasi ini, anda perlu merancang perjalanan anda sebaiknya kerana ia terletak jauh di pedalaman kampung. Namun, itulah yang menjadikan lokasi ini amat istimewa.



Dengan suasana kampung dan kesegaran alam, anda boleh menikmati pemandangan alam yang cukup indah serta menyaksikan keindahan matahari terbit atau terbenam. 

Lokasi ini amat popular dan sesuai untuk mereka yang sukakan percutian yang mencabar. Anda juga boleh berkhemah serta melakukan aktiviti seperti BBQ dan lain-lain. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat pemandangan Gunung Kinabalu dengan sangat jelas. 

Ramai juga yang mengatakan suasana di Hounon Ridge Farmstay & Camping ini persis berada di New Zealand!



Fuh best gila! Apapun, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar sekiranya berpeluang berkunjung ke sini kelak. 


Kredit:

  • Google Image (pemilik gambar)
  • https://www.libur.com.my/hounon-ridge-farmstay-bundu-tuhan-destinasi-hidden-gems-di-sabah-miliki-view-macam-di-new-zealand/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *