Cara halau hantu Parakang, pukul sekali sahaja?

 

Masyarakat nusantara sudah agak sinonim dengan bermacam-macam perkara mistik termasuklah kewujudan “parakang”. 

Parakang merupakan satu entiti yang begitu popular dan seringkali dikaitkan dengan pelbagai kisah seram.

Parakang Sebenarnya Adalah Manusia Biasa?

 

Mungkin ada yang tahu, tetapi tidak kurang juga yang belum tahu bahawasanya, parakang adalah sebenarnya merupakan seorang manusia biasa yang boleh menjelma menjadi benda lain. 

Menurut sumber tertentu, ada yang mengatakan bahawa orang yang menjadi parakang adalah mereka yang belajar ilmu hitam, tetapi tidak selesai mempelajarinya atau gagal.

Ada juga yang mengatakan, ia seperti saka dan diperwariskan serta memerlukan pewaris. 

Jadi, sebenarnya parakang itu adalah manusia tetapi boleh berubah-ubah bentuk kejadiannya menyerupai haiwan, tumbuhan, benda atau apa sahaja. Namun begitu, hasil jelmaannya akan mempunyai perbezaan dengan wujud asli benda yang ditirunya itu.

Contohnya, sekiranya ia berubah menjadi anjing, maka ia tidak mempunyai ekor atau kaki di bahagian belakangnya kelihatan lebih tinggi. Pokoknya, akan ada sesuatu yang ganjil/berbeza hasil jelmaannya itu.

Dalam satu tulisan di Facebook menceritakan; 

“Jika di sebuah rumah terdapat seorang yang sakit, pemilik rumah harus ‘memagari’ rumahnya dengan bacaan khusus sambil biasanya menyiram dengan air garam disekeliling rumah. 

Hal ini dilakukan agar terhindar dari parakang yang memiliki deria menghidu yang sangat tajam untuk mengenalpasti tempat yang ada orang sakit dll. Parakang adalah satu jenis hantu atau mahluk halus di Bugis yang sangat ditakuti.

Parakang boleh mengubah diri menjadi bermacam-macam wujud: pohon pisang, kambing, tangkai-tangkai bambu atau ampoti (keranjang dari daun kelapa tempat bertelur ayam). Suatu waktu nenekku pernah cerita pada saya bahwa parakang menghisap usus orang sakit. Parakang melihat orang sakit seperti sebiji nangka atau buah-buahan lain yang matang sempurna dan menggiurkan untuk dicicipi.”

Kenapa Parakang Di Takuti Ramai?

 

Parakang dipercayai gemar menghisap/makan usus kanak-kanak, bayi dan ibu yang sedang melahirkan. 

Ciri-ciri orang yang diganggu parakang antaranya ialah sakit perut secara tiba-tiba, keluar darah ketika membuang air dan lain-lain gangguan yang boleh menyebabkan kematian.

Selain itu, parakang juga dikatakan suka mengganggu orang yang sedang sakit dan ibu mengandung. 

Cara Menghalau/Menghindari Gangguan Parakang

Menurut tips orang dulu-dulu, parakang boleh dihalau dengan cara memukulnya sekali saja. Sekiranya anda memukulnya lebih dari itu, ia akan melawan. 

Dalam keadaan tengah berubah wujud, tubuh manusia (parakang) tetap dirumah dan sedang tertidur. Hanya jiwanya yang berjalan dan menjelma. Jika kita memukul jiwanya yang berwujud haiwan, maka jasadnya yang dirumah akan kesakitan.

Kononnya, sekiranya selepas kejadian parakang dipukul, ada berita seseorang yang  berdekatan meninggal dunia atau tiba-tiba cacat, boleh jadi orang tersebut ialah sosok parakang tersebut.

__

Apapun, sejauh mana kebenaran semua ini tidak diketahui walaupun kisah ini telah menjadi bualan zaman-berzaman. Apa yang penting, sentiasalah meminta perlindungan dengan Tuhan dari segala kejahatan makhluk yang diciptakanNya. 

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ 

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan ciptaan-Nya.” (HR. Ahmad)

 

Sumber: 

  • https://www.facebook.com/wujudparanormalteam/posts/apa-itu-parakangsumber-zamanberzamanblogspotaku-dengar-orang-sabah-sendiri-cakap/462348940490623/
  • https://www.merdeka.com/gaya/parakang-makhluk-jadi-jadian-asal-sulawesi-selatan.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *