Pendengar Lebih Baik Daripada Melihat
Orang yang buta ketika gelap dia tidak boleh melihat, ketika terang juga tidak dapat melihat. Tetapi orang yang tidak buta, ketika gelap pun boleh mendengar dan ketika terang juga boleh mendengar. Sebab itulah mengapa pendengaran adalah lebih baik berbanding penglihatan. Berapa ramai ahli ulama yang buta tetapi boleh menjadi ulama dan Wali Allah SWT.
Firasat Imam Abdullah Bin Alawi Al-Haddad Yang Buta Melihat Dengan Mata Hati
Al-Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang ulama wali Allah yang banyak mengarang kitab-kitab agama contohnya. Beliau seorang yang buta tetapi mampu mengarang banyak kitab agama. Disebabkan itu, ramai orang yang tidak yakin dan tidak mempercayai bahawa beliau adalah seorang yang buta.
Ketika itu, datanglah seorang pemuda bertemu dengan Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad untuk membuktikan beliau betul-betul seorang yang buta. Dia datang ke rumah Imam Abdullah dan dia melihat beliau memang seorang yang buta. Lalu Imam Abdullah memberikan pemuda tadi secawan kopi gahwa dan diletakkan di hadapannya. Ketika pemuda itu ingin mengambil kopi itu untuk diminum, Imam Abdullah berkata, “nanti dulu, kamu periksa dahulu kopi yang hendak kamu minum kerana tadi aku melihat ada seekor lalat bergerak-gerak di dalam minuman kamu tadi”.
Pemuda itu pun memeriksa kopi yang dia mahu minum dan dia dapati betul-betul ada seekor lalat hitam yang sedang terkapai-kapai di dalam kopi tersebut. Bagaimana Imam Abdullah yang buta boleh melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh orang lain? Kerana disebut dalam Hadis Riwayat Tirmidzi, “Takutlah kamu dengan firasat orang beriman, kerana mereka melihat bukan dengan mata kasar tetapi dengan mata hati”. Sesuatu yang tidak mampu dilihat oleh manusia tetapi cahaya Allah mampu menembusi perkara yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar manusia.
Kepentingan Menjaga Penglihatan & Pendengaran
Adalah penting untuk kita menjaga mata daripada perkara-perkara yang haram. Kerana kebanyakan faedah penglihat itu bangsa dunia, dan faedah pendengar itu bangsa akhirat. “Si buta adalah lebih sempurna berbanding si tuli”. Seperti mana cara untuk menjaga mata, memeliharanya daripada melihat benda yang terlarang maka seperti itu juga telinga hendak dijaga daripada mendengar perkara-perkara yang dilarang seperti mengumpat dan mengadu-ngadu.
Perbuatan seperti mengumpat dan mengadu-ngadu ini adalah berkaitan dengan lidah yang boleh membinasakan. Seperti kata Ulama, “Anggota yang kecil tapi dosa yang besar” iaitu lidah. Anggota yang kecil tapi mampu membawa kemudaratan dan dosa yang besar kepada manusia.
Sumber : Youtube Channel Brojep TV