Penat Berdoa Tapi Tak Makbul? Ini Mungkin Puncanya! – Ustaz Mohamed Ashrul Syarif Tirmizi

Bagi umat Islam, doa adalah senjata bagi orang mukmin. Doa merupakan sumber kekuatan dan harapan untuk mencapai impian, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Selain itu, doa juga sebagai penyelesaian bagi setiap persoalan dan jawapan di dalam kehidupan.
Golongan ulama menjelaskan, ibadah seseorang muslim tidak akan sampai ke puncaknya kecuali ketika dia meminta pertolongan kepada Allah S.W.T.

Waktu-Waktu Mustajab Berdoa

1. Ketika antara azan dan iqamat
2. Sepertiga malam.
3. Petang hari Jumaat (selepas Asar dan sebelum matahari terbenam)
4. Ketika hujan turun.
5. Lain-lain waktu yang digalakkan.

Sebab Doa Tidak Dimakbulkan

Antara penyebab doa tidak dimakbulkan adalah kerana diri kita yang dipenuhi oleh dosa. Manusia itu tidak lari dari melakukan dosa tetapi Allah SWT sentiasa membuka pintu kemaafan-Nya. Manusia mudah lupa, lalai dan sering menangguh-nangguhkan untuk memohon taubat dan memburu kemaafan daripada Allah SWT.
Pada akhir zaman nanti, manusia tidak akan mempedulikan mengenai perkara halal dan haram sama ada berupa makanan atau minuman, harta yang dimiliki, kelakuan, perbuatan dan percakapan. Apa yang penting adalah kepuasan diri sendiri sehingga mendatangkan kemurkaan Allah.
Nabi Muhammad SAW bersabda, bagaimana Allah mahu kabulkan doa seseorang jika makanan dan minumannya yang haram, pakaiannya adalah pakaian yang haram dan disumbatkan ke dalam perutnya benda-benda yang haram. Jika seseorang itu termasuk sesuatu yang haram di dalam dirinya, maka terhijablah doanya di antara langit dan bumi.
Maka sebab itu marilah kita sentiasa bermusahabah diri. Berapa banyak doa yang telah kita panjatkan kepada Allah masih belum terjawab sehingga sekarang? Mungkin ini disebabkan oleh dosa-dosa kita dan perkara yang haram masuk ke dalam diri kita menyebabkan Allah SWT tidak menkabulkan segala doa-doa kita.

Kesimpulan

Di saat doa kita tidak dikabulkan Allah S.W.T, jangan pernah berasa putus asa, kecewa, kecil hati dan bersangka buruk dengan Allah S.W.T. Jangan menuduh Allah S.W.T tidak mendengar doa kita tetapi sebaliknya kita kena yakin bahawa doa kita pasti didengar dan dikabulkan oleh Allah S.W.T. 
Sumber : Youtube Channel Masjid Al-Kauthar 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *