Sehari Di Dunia Bersamaan Seribu Tahun Di Akhirat ~ Ustaz Mohammed Ashrul Syarif

 


Keburukan Meninggalkan Solat Lima Waktu

Kata Nabi Muhammad SAW, siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka Allah akan masukkan orang yang meninggalkan solat satu waktu dengan sengaja dalam api neraka selama lapan puluh tahun di akhirat iaitu bersamaan lapan puluh ribu tahun di dunia dalam kiraan manusia.

Jangankan lapan puluh ribu tahun, sesaatnya di dunia adalah bersamaan dengan 45 hari di akhirat. Andai kata Allah memasukkan manusia itu ke dalam api neraka selama satu saat sahaja, maka manusia akan merasakan kepanasannya selama 45 hari di akhirat.

 

Sehari Di Dunia Bersamaan Seribu Tahun Di Akhirat

Saidina Isa alaihissalam, di antara empat orang Nabi yang belum diwafatkan oleh Allah swt iaitu salah satunya Nabi Isa alaihissalam. Nabi Isa diangkat oleh Allah swt di langit yang kedua ketika baginda berumur 33 tahun dan Nabi Isa akan turun sebelum kiamat menjelang dan umur Nabi Isa ketika itu tetap 33 tahun. Jarak umur antara umat Nabi Muhammad dengan Nabi Isa adalah dua ribu tahun.

Nabi Isa sudah meninggalkan kita dua ribu tahun tetapi sebelum hari kiamat baginda akan turun ke dunia dan masih berumur 33 tahun. Mengapa umur Nabi Isa tidak berubah? Kerana Nabi Isa berada di langit Allah dan bukannya di dunia. Bila berada di langit, maka kiraan itu akan mengikut kiraan akhirat bukannya kiraan di dunia. Bermakna, jika umur Nabi Isa sudah berusia dua ribu tahun, sebenarnya Nabi Isa baru berada di langit selama dua hari sahaja.

Bayangkan, jika seseorang itu meninggalkan solat sehari sahaja (5 waktu solat) mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka selama 450 ribu tahun. Allahuakhbar!


Kesimpulan 

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita di hadapan Allah swt. Bersama kita buktikan bahawa kita adalah pemilik hak takwa yang disebutkan oleh Allah dalam surah Al-Imran. Andai kata jika kita belum meningkatkan ketakwaan kepada Allah maka berapa hari lagi kita perlukan untuk buktikan kepada Allah bahawa kita lah pemilik hak takwa dan hamba Allah swt yang sebenar-benarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *