Sejarah Hari Jumaat Dan Peristiwa Yang Berlaku Padanya – Ustaz Mohamed Ashrul Syarif

Seorang sahabat Nabi, Jabir Bin Samurah berkata, Nabi Muhammad saw merupakan seorang yang bermulut lebar. Dikatakan orang-orang arab yang memiliki mulut lebar ini dilihat sesuai dengan bentuk rupa mereka. Bukan itu saja, bangsa arab yang memiliki mulut lebar ini akan dipuji kerana kebanyakan daripada mereka fasih dan petah dalam berkata-kata. Berbanding orang arab yang memiliki mulut tipis ini pula akan dikeji sebaliknya. 


Empat Golongan Yang Memonopoli Bangsa Arab Pada Zaman Nabi Muhammad SAW


1. Golongan Tajir – Peniaga
2. Golongan Sahir – Penyihir
3. Golongan Kaahin – Bomoh / Dukun
4. Golongan Syair – Penyair

Kempat-empat golongan ini telah memonopoli bangsa arab pada zaman Nabi Muhammad saw. Dan golongan ini akan keluar dari kampung mereka pada hari pertama dan akan pulang ke kampung semula pada hari keenam. 


Sejarah Hari Jumaat 

Pada mulanya, masyarakat arab menyebut hari Ahad ialah Yaumul Ahad (Ahad) Yaumul Itsnaini (Isnin), yaumuts Tsulasa’ (Selasa) yaumul Arbi’aa (Rabu), yaumul Khamsa (Khamis), yaumul Arubah (Jumaat). Dalam kalendar hijrah, hari Ahad merupakan hari yang pertama manakala dalam kalendar Masihi pula hari isnin dikira sebagai hari yang pertama. 

Sebelum kedatangan Islam, hari keenam tidak disebut sebagai Yaumul Jum’ati (Jumaat) tetapi disebut sebagai Yaumul Arubah. Ini kerana, empat golongan orang-orang arab pada ketika itu akan keluar pada hari pertama daripada kampung mereka. Ada yang pergi ke gunung-gunung dan celah-celah hutan untuk mencari inspirasi. Golongan Tajir akan melariskan perniagaan mereka. Golongan Penyair pula akan pergi ke hutan dan lembah-lembah untuk mencari ilham menulis syair-syair mereka dan begitu juga golongan yang terlibat dalam dunia ilmu hitam, mereka akan menunjukkan ilmu sihir mereka yang paling hebat yang dianggap paling mematikan yang baru dipelajari. 

Pada hari keenam, mereka yang keluar dari kampung akan kembali semula ke kampung mereka. Dan pada waktu ini lah hari Jumaat dipanggil sebagai Yaumul Arubah. Yaumul Arubah adalah hari untuk berbangga-bangga dan menonjolkan kehebatan diri dalam kalangan orang-orang arab sebelum kedatangan Islam. Golongan peniaga akan berkumpul di pasar-pasar dan jualan siapa yang paling laris di antara mereka akan dianggap orang yang paling hebat dalam kalangan mereka. Manakala golongan penyair pula akan berentap sesama mereka. Siapa yang paling terbaik dan hebat syairnya akan digantung di dinding-dinding kaabah untuk dipaparkan kepada orang-orang arab. 


Kedatangan Islam 

Setelah kedatangan Islam, syair-syair yang digantungkan di dinding-dinding kaabah telah ditukarkan kepada Kiswa Kaabah yang ditulis dengan potongan ayat-ayat Al-Quran. Bila mana agama Islam datang, manusia tidak diajar untuk saling menonjolkan kehebatan diri kerana manusia semua adalah sama (dhoif). 

Maka disebabkan itu, Allah SWT menukarkan nama Yaumul Arubah kepada Yaumul Jumuah yang membawa maksud jamak ataupun berkumpul. Allah swt berfirman yang bermaksud, “Jika dulu kamu berkumpul untuk saling menunjukkan kehebatan diri kamu, kali ini kamu akan berkumpul untuk mengangkat kehebatan diriku”.


Sumber : Youtube Channel Brojep TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *