Slang ‘Bahasa Tawau’ Yang Digunakan Meluas Oleh Masyarakat Sekitar

Secara umumnya, masyarakat Sabah menggunakan Bahasa Melayu baku sebagai bahasa perantaraan dalam kehidupan seharian. Namun, terdapat juga beberapa golongan masyarakat yang menggunakan bahasa suku masing-masing ketika bertutur sesama mereka. 

Walaupun gaya pertuturan masyarakat Sabah terutamanya yang tinggal di sekitar daerah Tawau, Lahad Datu dll seringkali dikaitkan dengan bahasa Indonesia namun sebenarnya, terdapat perbezaan yang ketara. 

Di Tawau, terdapat beberapa slang bahasa yang digunakan secara meluas oleh masyarakatnya dan kebanyakkannya hanya difahami oleh masyarakat sekitarnya/Sabahan. 

Slang ‘Bahasa Tawau’ Yang Digunakan Secara Meluas

  1. Akun: Tidak tahu (menyerah kalah)/setuju
  2. Asih: Boleh
  3. Antam: Buat semberono/ pukul/ ajak bergaduh
  4. Ampus: Penyakit lelah
  5. Andu bah: Ekspresi kesian (cth ayat: andu bah, kesiannya jugak kau ini)
  6. Bacat: Geram
  7. Babat: Berbadan besar
  8. Babau: Orang bisu
  9. Betagar: Berkarat
  10. Budu: Bodoh
  11. Bikin: Buat
  12. Cewek: Perempuan/Awek
  13. Cowok: Lelaki/ Boyfriend
  14. Bercewek: Hubungan lelaki perempuan 
  15. Esbok: Peti sejuk
  16. Dari kau/kita seja tu: Mana-mana pun boleh
  17. ….jo: sambungan penyedap ayat/ biasanya digunakan utk rakan-rakan rapat (cth ayat: di mana kau jo?, terima kasih jo)
  18. Kompek: Beg plastik
  19. Kilik: Gila
  20. Kumpau: Cakap besar
  21. Kasi: Bagi/Beri
  22. Limpas: Lalu
  23. Mati karan: Bekalan elektrik terputus
  24. Tapok: Sembunyi
  25. Talengong: Bodoh
  26. Sot-sot: Gila-gila
  27. Si anu: Si polan (merujuk kepada orang/ benda yang tidak diketahui/lupa apa namanya)
  28. Sandi: Dasyat
  29. Minta puji/tapuji: Berlagak, Buat orang rasa geram (cth ayat; Ndapayahlah kau minta puji sana!)
  30. Uina/Wuina: Ekspresi terkejut (cth ayat: uina, banyaknya orang!)

___

Slang bahasa ini wujud disebabkan beberapa faktor antaranya, seperti hasil percampuran elemen bahasa daripada pelbagai suku kaum, ubahsuai daripada bahasa yang sudah ada dan pelabagai faktor lagi. 

Selalunya, melalui slang bahasa inilah kita dapat mengenal pasti asal usul seseorang terutamanya ketika berada diluar kawasan tempat tersebut. Dengan mudahnya kita boleh mengenal, oh orang Tawau ni, hanya melalui cara percakapannya. 

Okay, jangan lupa tinggalkan di komen apa lagi slang Tawau yang belum ada dalam senarai diatas!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *