Berdakwah Dengan Cara Moden! ~ Ustaz Muhammad Nazraan

Tahukah anda? Orang yang merakam dan menyebarkan ceramah ini merupakan salah satu amal jariah yang sangat hebat sehinggakan kata Nabi Muhammad SAW, pahalanya akan sentiasa mengalir walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia. 


Dalam hadis, Nabi Muhammad SAW menyebutkan sedekah jariah ini merupakan di antara tiga amalan yang pahalanya berterusan walaupun sesudah mati. Apakah yang dimaksudkan sedekah jariah itu? Nabi menjelaskan dengan hadis yang lain iaitu sedekah jariah itu ada tujuh jenis dan di antaranya merupakan ilmu yang diajarkannya dan disampaikannya ataupun yang disebarkannya. Kedua-dua amalan ini merupakan amalan yang mendatangkan pahala yang hebat.

Jika kita ada ilmu, nasihat dan ajarkan lah orang lain. Kita tidak perlu tunggu golongan alim ulama untuk menasihatkan orang. Itu merupakan pemahaman yang salah. Kadang-kadang kita ada ilmu tapi malu untuk sampaikan dengan orang lain kerana takut akan dipandang rendah oleh orang dan merasakan diri tidak cukup baik untuk berbuat sedemikian. 


Sebab itu kata para ulama, dalam menyampaikan ilmu, disiplin orang yang mendengar hendaklah dengar dan lihat apa yang disampaikannya dan janganlah hanya sekadar melihat kosong sahaja kepada orang yang menyampaikan ilmu. Jika yang disampaikan itu adalah baik maka ikutilah. 

Jika kita tidak ada ilmu janganlah risau. Kata Nabi Muhammad SAW, sampaikanlah ilmu kepada yang lain. Pada zaman sekarang yang sudah moden, jika kita menerima mesej ataupun video dakwah, kita hendaklah sebarkan dengan orang lain dan jangan hanya mengambil manfaat untuk diri sendiri. Sebab itulah kepentingannya kita menyebarkan dakwah walaupun kita tidak ada ilmu yang cukup, tetapi kita akan mendapat saham di akhirat nanti. 

Tidak pandai berceramah tak mengapa, tapi gunakanlah platform lain untuk menyebarkan ilmu yang kita terima agar amalan jariah ini akan sentiasa mengalir pahalanya walaupun sesudah kita mati.  


Oleh itu, dalam beramal marilah kita cari amalan yang mampu memberikan manfaat kepada kita walaupun kita sudah mati.

Rujukan 

Youtube Channel Bro Jep TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *