Akinabalu atau Gunung Kinabalu adalah merupakan sebuah gunung yang tertinggi di Nusanatara kepulauan Melayu serta merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan merupakan warisan Dunia UNESCO. Ia terletak di Kota Kinabalu Sabah dan amat sinonim dengan aktiviti pendakian.
Gunung ini mempunyai lebih kurang 4,095 meter (13,435 kaki) di atas paras laut, iaitu kira-kira 6 meter (20 kaki).
Mari kita baca beberapa fakta disebalik Gunung Kinabalu ini.
Cerita Menarik Di Sebalik Akinabalu
Nama-nama puncak di Gunung Kinabalu (Sumber: Google Image) |
1. Turun Salji.
Tahukah anda, menurut beberapa sumber, pada sekitar tahun 1993, Gunung Kinabalu pernah diliputi salji. đ±
“Renjer Taman-Taman Sabah, Palimin Jasli, 46 tahun, pernah dipaparkan di akhbar New Sabah Times pada 20 Jun 1993 tentang kejadian gunung yang diselubungi ataupun diliputi salji dan mengejutkan orang ramai terutamanya penduduk tempatan.
Palimin menceritakan pengalamannya ketika beliau mendaki gunung bersama 10 kakitangan KOKTAS pada 15 jun 1993. Sebelum Palimin serta rakan-rakannya serta pendaki-pendaki memulakan pendakian, cuaca pada ketika itu sangat sejuk berbanding hari sebelumnya, ketika perjalanan mereka ke Laban Rata keadaan cuaca semakin sejuk dan ianya berbeza daripada hari yang lain.
Mereka terpaksa menundakan perjalanan ke puncak sehingga hujan menjadi reda dekat Laban Rata. Mereka meneruskan perjalanan pada jam lima pagi pada hari tersebut.
Pada ketika itu, permukaan jalan ke puncak sangat licin untuk pendakian kepada pendaki dan harus mengambil langkah berjaga-jaga.
Apabila kebanyakan pendaki tiba di puncak gunung, kebanyakan daripada mereka terkejut kerana keseluruhan bahagian puncak itu telah dipenuhi salji dan menjadikan suasana yang berlaku pada ketika itu menjadi amat luar biasa.
Palimin, pada masa itu berumur 24 tahun menjadi saksi kejadian yang luar biasa di puncak Gunung Kinabalu itu bersama-sama dengan rakan-rakannya serta pendaki-pendaki yang ada pada masa itu kerana salji tersebut merupakan salji seperti ianya berserbuk dan bukan membeku seperti ais. kejadian ais sering berlaku di gunung dan ais akan bertakung di dalam takungan lopak.”
___
2. Gunung Kinalu = Gunung berapi?
Gunung kinabalu merupakan gunung batuan granit yang masih muda, maksudnya batu granit ni ada lagi yang jauh lagi tua jika di bandingkan dengan Gunung kinabalu dan batu granit antara yang termuda iaitu berusia kira kira tujuh juta tahun. Gunung kinabalu ni terbentuk apabila magma di dalam perut bumi membeku sebelum sempat meletus sebagai lahar gunung berapi. Jadi,jangan risau gunung kinabalu tidak akan meletus.
Sebenarnya, terdapat banyak gunung dan bukit kecil dalam gugusan gunung berapi di Tawau ini termasuklah bukit Gemok. Bukit Gemok umumnya adalah sebuah bukit curam di samping beberapa dataran landai. Puncak bukit ini berada di paras 396M dari aras laut.
___
3. Gunung Kinabalu Dijaga “Penjaga” ?
Sebelum kedatangan agama islam dan kristian di Bumi Borneo, kebanyakan orang tempatan menganut fahaman pagan iaitu mempercayai semangat alam dan roh.
Merujuk kepada (Evans,1922;278), Gunung kinabalu atau nama asli nya adalah âNulu Nabaluâ, juga di sebut dengan nama â Pongoluanâ dan âgayoh Ngaranâ oleh suku kaum dusun di Sabah. Pengunaan istilah âNabaluâ dan âpongoluanâ mempunyai maksud yang sama, iaitu yang bererti âtempat persemadian orang matiâ (Evans, 1922:278), atau âtempat orang mati pergiâ. merujuk kepada perjalanan spiritual tujuh manusia menunju kepada kesempurnaan eksistensinya sebagai manusia (Evan, 1953:Chapter IX); proses ini disebut âmongoluâ oleh kaum Dusun, yang bererti : âroh yang bergerak ke suatu tempatâ (BNBH, 1 September 1892; Evans, 1922:288).
Menurut cerita lisan, beberapa raja-raja Brunei seperti Maharaja Sarawangsa dan Raja Alaka Bhatara pernah ke Gunung Kinabalu. Cerita lisan tersebut mengatakan bahwa Raja Alaka Bhatara pergi ke Kinabalu dan menjumpai besi kursani yang dipakai untuk membuat senjata.
Akan tetapi, yang menariknya, di dalam beberapa manuskrip sejarah China, terdapat catatan mengenai peranan Gunung Kinabalu di dalam kerajaan Brunei Lama, bahwa Gunung ini merupakan gunung yang melindungi Kerajaan Boni (kerajaan Brunei pra-Islam).
Ada juga sumber lisan dari orang tempatan mengatakan Perkataan âKinabaluâ asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan Aki Nabalu, yakni aki membawa maksud nenek moyang, manakala nabalu beerti gunung, âgunung nenek moyangâ dalam bahasa Melayu.
Mengikut kepercayaaan mereka, gununug kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meningggal dunia dan mempercayai roh roh nenek moyang mereka sedang berehat rehat di guunung kinabalu dan sekitarnya. Jesteru itu, kaum kadazandusun yang tinggal di sekiatr kunadasang dan ranau ri telah menyifatkan diri sebagai penjaga dan pelindung gunnung kinabalu. Selain itu juga,gunung kinabalu di lihat sebagai tanah suci yang tidak boleh di cemari dan perlu di hormati.
Selain itu, kaum Dusun percaya terdapat penguasa di gunung tersebut, bahkan terdapat istana ghaib di salah satu kawasan di gunung tersebut, selain terdapat legenda mengenai pohon âLangudiâ, pohon sakti yang buahnya dapat membuat orang kembali muda (St. John, 1863:355).
Pada saat ritual âmonolibabouâ dijalankan pada tahun 2015 lalu, Odun Lumanjar, Tantagas/Bobolian dari Tuaran menyebut tujuh roh utama yang menjaga Gunung Kinabalu iaitu : Raja Gugur, Gunsangod, Singkarad, Rangkai, Liso, Rongko dan Tanggung, di mana Raja Gugur merupakan pemimpin mereka (Daily Express, 2015).
Istilah âGunsangodâ di dalam bahasa Dusun bererti âyang suka berperangâ, sementara istilah âSingkaradâ pula merujuk kepada pahlawan di zaman dahulu kala yang suka berperang memburu kepala.
Sampai hari ini, ritual âmonolobâ dijalankan oleh kaum Dusun di Bundu Tuhan dan Kiau untuk para penjaga Kinabalu bagi memohon keizinan supaya pendaki dapat mendaki Gunung Kinabalu.
Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.
Sumber: https://bilangbosku.com/sejarah-misteri-gunung-kinabalu/