Keenakan Makanan Korea Di Hanshik Cafe, Sabindo Tawau

 

Buat penggemar makanan Korea ataupun yang mau coba2 makanan selain makanan yang kebiasaannya ada di Tawau, nahh ini dia. Hanshik Cafe ataupun @Alley’s Cafe ada menyajikan makanan Korea kegemaran anda. Bertempat di kawasan Sabindo Tawau, di belakang Bangunan Grace Plaza, ada signboard warna merah. 



Signboard Kedai Hanshik Cafe di Belakang Grace Plaza

Apa yang specialnya disini, dorang menyajikan makanan Korea seperti Kimbap, Ramen, Spicy Chicken Korea dan lain-lain lagi. Boleh beli secara set ataupun ala carte. Hari tu kami sempat rasa makanan-makanan yang ada disini. Dan yang paling menarik perhatian kami adalah Mukbang Set. Dalam set ni betul-betul macam syurga makanan, sebab dia disertakan dengan Kimbap, Ramen, Spicy Chiken dan Teokbokki. Bila selesai makanan ni, hilang craving mau makan makanan Korea. 

Disini ada pelbagai menu disediakan secara set dan juga ala carte. Untuk menu set disini ada Mukbang Set, Kimbap Combo dan Spicy Chicken. Setiap set ni akan disertakan dengan 2 jenis air. 

Untuk Mukbang set, anda boleh rasakan sendiri “all in” menu. Sebab apa?? Sebab dalam ni ada pelbagai jenis hidangan contohnya Kimbap, Ramen, Spicy Chicken dan Teokbokki. Set ni betul-betul memuaskan, sebab dapat makan macam-macam dalam set ni. Dia ada juga set untuk Kimbap sahaja yang menyajikan 5 jenis Kimbap iaitu Egg, Chicken, Seafood, Jumeokbap dan Onigiri. So untuk peminat Kimbap, memang kena try set yang ni. Boleh tengok video live kami di Hanshik Cafe dan merasakan sendiri hidangan yang ada disini. 

Bagi yang gemarkan ayam pulak diorang ada jugak menyediakan Spicy Chicken Combo. Didalam set ni anda boleh rasakan sendiri kenikmatan Ayam Pedas Korea. Dalam ni ada kaki ayam (Dakbal/Chicken Feet), dada ayam (Chicken Breast) dan juga Buntut Ayam (Chicken Tail) yang disalut dengan Sos Korea.


Bukan sekadar makanan, tapi kalau anda ingin mendapatkan “merchandise” daripada Korea, disini turut menjual barangan-barangan tersebut dengan stok yang terhad. 


Harga hidangan disini bermula dengan RM14 iaitu untuk makanan ala carte, manakala untuk set pula bermula dengan harga RM39.90 dan dalam set ni disertakan dengan 2 jenis air iaitu Orange Mashipda dan Bandung Kyeopda.  Waktu beroperasi bermula 11 pagi sehingga 8 malam dan dibuka setiap hari. Untuk sebarang pertanyaan boleh contact 0135962195. So apa tunggu lagi guys??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *