Risau Anak Dijangkiti COVID19 Di Sekolah? | Ini Tips-Tips Yang Perlu Ibu Bapa Ambil Perhatian

Selamat kembali bersekolah kepada semua pelajar yang bakal memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2022. 

Namun begitu, tidak dinafikan ramai ibu bapa yang khuatir akan penularan dan jangkitan Covid-19 yang berisiko berlaku ketika anak-anak mereka berada di sekolah.  

Berikut ialah antara tips yang perlu ibu bapa ambil perhatian bagi melindungi anak-anak tersayang. 


Ini Tips-Tips Yang Perlu Ibu Bapa Ambil Perhatian

1. 1. Bawa handsanitizer. 

Anda boleh bekalkan handsanitizer yang bersaiz kecil agar mudah untuk anak anda bawa kemana-mana atau yang boleh disangkutkan di bag. 

2. Pakai pelitup muka.

Pastikan anak anda memakai pelitup muka (dua layer sekiranya perlu) dan jangan lupa bekalkan satu pelitup muka lebih untuk persediaan sekiranya pelitup muka yang dipakai kotor. 

3. Bawa bekal dari rumah. 

Dengan membawa bekal dari rumah, anak anda tidak perlu bersesak-sesak untuk membeli makanan. Selain itu, kebersihan makanan juga terjamin. 

4. Mandi selepas balik dari sekolah.

Untuk mengelakkan anak anda membawa kuman dari sekolah, mandi selepas balik dari sekolah adalah salah satu solusi terbaik. 

5. Lakukan ujian saringan COVID19 dengan SEGERA sekiranya terdapat simptom-simptom / rasa kurang sihat.

Dengan melakukan tips ini, anda dapat mengenal pasti sekiranya anak anda dijangkiti COVID19 dengan segera. 

6. Nasihatkan anak anda agar sentiasa menjaga jarak ketika bersama rakan-rakan.

Penjarakkan yang betul dapat mengelakkan penularan COVID19.

7. Cuci tangan selalu.

8. Kurangkan sentuhan.

9. Ambil vaksin (mengikut saranan doktor).

10. Patuhi arahan pihak sekolah/guru.


___

KLIK: Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0

Garis panduan ini turut memperincikan pengurusan asrama sekolah, pengoperasian surau di sekolah; pengurusan Murid Berkeperluan Khas (MBK), pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum; pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) amali teknikal dan vokasional; pengurusan pentaksiran pusat dan peperiksaan awam serta pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *