Setiap manusia tidak akan terlepas dari memiliki masalah. Maka sebab itu Nabi SAW ketika menghadapi masalah, baginda bepegang teguh dengan ajaran Al-Quran. Hanya ada dua perkara yang Al-Quran wasiatkan kepada kita ketika menghadapai masalah iaitu bersabar dan perbaiki solat.
Sabar merupakan perkataan yang mudah diucapkan akan tetapi ia sukar untuk dilakukan melainkan mereka yang benar-benar mempraktikkan nilai kesabaran dalam diri masing-masing.
Sabar membawa maksud menahan atau meninggalkan. Setiap manusia tidak terlepas daripada nikmat dan ujian dalam kehidupan mereka.
Maka dengan itu, kesabaran dalam sesuatu perkara perlulah dipraktikkan agar setiap perkara yang dilakukan akan mendapat hasil yang diinginkan.
Terdapat beberapa jenis sabar yang perlu kita ambil perhatian dalam menjadikan kita seorang manusia yang baik
Sabda baginda Nabi Muhammad SAW di dalam satu hadis yang bermaksud, “Iman itu dua bahagian; satu bahagian sabar dan satu bahagian lagi adalah syukur – (HR Baihaqi : 9264)
Pentingnya kesabaran itu dalam kehidupan sehinggakan ia disebut di dalam Al-Quran sebanyak 90 kali.
Jenis-Jenis Kesabaran
1. Sabar dalam ketaatan kepada Allah SWT
2. Sabar dalam meninggalkan maksiat dan perkara-perkara haram
3. Sabar dalam sesuatu ujian dan ketentuan Allah yang menyakitkan
5 Janji Allah Bagi Orang Yang Sabar
Dalam kehidupan sering ada kebahagian dan kesusahan. Ketika menghadapai kesusahan hidup, banyak yang tidak sabar. Mengeluh dan berkeluh resah, seolah-olah kesusuahan tidak akan berakhir.
Ketahuilah, kesusahan yang diberikan oleh Allah melatih kita untuk bersabar. Berikut lima janji Allah untuk hamba-Nya jika bersabar dalam menghadapi kesusahan.
1. Allah bersama hamba-Nya yang bersabar
2. Mendapat pengampunan, rahmat dan petunjuk oleh Allah SWT
3. Memperolah pahala tanpa batas
4. Keberuntungan bagi yang sabar
5. Darjat yang tinggi
Kesimpulannya di sini, kesabaran itu mudah untuk diucapkan tetapi sulit untuk diterapkan. Namun, ketahuilah janji-janji Allah untuk orang-orang yang bersabar itu adalah benar dan pasti. Dari kesabaranmu terdapat kebaikan di dalamnya.
Sabda baginda Rasulullah di dalam sebuah hadis yang bermaksud; “Sungguh ajaib urusan orang mukmin, semua urusannya adalah baik, dan tidak ada seperti itu melainkan mukmin sahaja. Jika ditimpa kesenangan ia akan bersyukur, maka itu baik baginya. Jika ditimpa kesusahan pula ia besabar maka itu baik juga untuknya.” (HR Muslim : 2999)
Rujukan
www.youtube.com/dasadlatif
https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2019/10/18/sabar-reda-ilahi