Strain Baharu Covid-19 Dikesan! | Kombinasi Varian Omicron Dan Delta?

Menurut satu artikel Astro Awani, para saintis di Cyprus percaya mereka telah menemui varian terbaharu COVID-19.

Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron, yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron, memetik laporan Bloomberg.

Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu Sigma TV, terdapat jangkitan yang menggabungkan varian Omicron dan Delta.

Saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul telah mengesan 25 individu yang dijangkiti varian tersebut.

Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital.

Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau ‘pink eye’ dan keguguran rambut.

Deltacron, Varian Delta + Omicron


Penemuan itu dinamakan ‘Deltacron’ kerana pengenalpastian tanda genetik seperti Omicron dalam genom Delta. 

Pihak saintis sedang mengkaji varian itu sama ada ia lebih mudah berjangkit berbanding varian sedia ada.

Walaubagaimanapun, laporan mengenai penemuan ini turut diragukan dan para saintis meletakkan kemungkinan bahawa hasil penemuan yang didakwa varian baharu (deltacron) ini adalah hasil daripada ralat pemprosesan makmal. 

Pakar Covid WHO Dr. Krutika Kuppalli melalui Twitter berkata dalam kes ini, kemungkinan terdapat “pencemaran makmal serpihan Omicron dalam spesimen Delta.

Selain itu, ahli genetik Fatima Tokhmafshan dari Institut Penyelidikan Pusat Kesihatan Universiti McGill di Montreal turut menulis tweet bahawa deltactron bukanlah gabunganvarian omicron dan delta tetapi sebaliknya pencemaran makmal.

Apapun, sentiasa amalkan penjagaan kendiri dan patuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkaitan untuk mengelak jangkitan sebarang varian COVID 19. 

__

Sumber: 

  1. https://www.astroawani.com/berita-dunia/covid19-varian-baharu-deltacron-ditemui-340828
  2. https://www.theedgemarkets.com/article/%E2%80%9Cdeltacron%E2%80%9D-likely-due-lab-contamination-say-experts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *