Buat mereka yang inginkan kelainan dalam menikmati menu makanan, BTC Restoran kini kembali untuk memberikan hidangan yang terbaik untuk anda. Mereka menyediakan pelbagai jenis masakan, bukan sahaja menu makanan Tawau, tapi turut menyediakan makanan diluar daripada Tawau, seperti Muar, Penang dan lain-lain.
Kami sempat singgah ke BTC Tawau untuk merasakan sendiri kenikmatan makanan disini. Terdapat pelbagai menu disediakan antaranya ialah Nasi Beriyani Bamboo Kambing, Oxtail Asam Pedas, Pasembor, Mee Bandung Muar dan Roti Bakar.
Nasi Beriyani Bamboo Kambing menjadi pilihan kami ketika makanan disini. Dengan keunikan cara masak nasi beriyani didalam bamboo ini menjadi tarikan untuk merasakan menu ini. Daging kambing yang lembut dilengkapi dengan hidangan side menu seperti kari, jem dan acar dan nda lupa jugak papadom. Nasi beriyani disini memang memiliki aroma yang luar biasa. Bila makan, memang terasa segala rempah ratus yang digunakan.
Untuk penggemar Pasembor, ini mungkin tempat yang perlu kamu lawati dan rasakan sendiri menu ini disini. Pasembor disini mengandungi Tauhu Goreng, Cucur Sayur, Maruku dan yang paling istimewa sekali adalah Kuah Kacangnya yang begitu enak. Kuah kacangnya tidak begitu pedas, dan tekstur kacangnya masih terasa.
Bagi hidangan air pula, kamu boleh cuba Jus Sunnah dan Blue Ocean Wave. Jus Sunnah yang ada disini memang berkualiti tinggi. Sebab apa? Sebab susu yang digunakan memang menggunakan susu berkualiti dan ditambah dengan Kurma Ajwa dan Kekacang. Rasanya memang berlemak, dan begitu menyegarkan.
Owya, sebelum terlupa, bila kita datang ke sini, kita akan dihidangkan dengan “welcoming drinks” secara percuma. So sambil menunggu hidangan kita sampai, bolehlah kita menikmati teh o halia. Bestkan?Nda la kita rasa lama betul menunggu tu. Pelayan disini pun sangat bagus dan peramah, so senang kita mau mengorder.
Bersama Encik Mat Husin Selaku Pengurus Restoran (Kiri)
Lokasi restoran ini betul-betul berada di hadapan highway bahagian Arca Tawau dan Bulatan Todak. Waktu beroperasi untuk restoran ini adalah bermula pada 7 pagi sehingga 10 malam. 10% diskaun diberikan kepada anda yang mengunjungi restoran ini bermula 14 Februari sehingga 14 Mac. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi 0138513070.