Kebanyakan Orang Utamakan Rezeki Berbanding Ibadah

 

MESKIPUN ramai yang meyakini rezeki itu diberikan oleh ALLAH SWT, namun persoalan tentang perkara itu seringkali berlegar-legar dalam ruang fikiran kita.

Dalam ayat 260 surah Al Baqarah menjadi motivasi untuk kita memfokuskan iman. Kalam ALLAH tersebut mengisahkan tentang Nabi Ibrahim, burung dan keimanan.

Mentadabburkan ayat 260 dan 261 surah berkenaan, hidup dan mati sebenarnya adalah isu besar. Hanya ALLAH SWT yang boleh menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup.

Nabi Ibrahim AS bertanya soalan beraras tinggi kepada ALLAH SWT tentang kehidupan dan kematian. Ia berkaitan dengan iman.

Lain pula halnya dengan kita pada hari ini yang seringkali bertanyakan perihal rezeki, tetapi jarang bertanya bagaimana kita mati. Begitu juga dengan rezeki tidak cukup sehingga menjadi kekangan untuk membantu orang lain. Ternyata bab rezeki ini adalah amat penting bagi hamba ALLAH.

ALLAH SWT berfirman: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU. AKU tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan AKU tidak mengkehendaki agar mereka memberi makan kepada-KU. Sesungguhnya ALLAH SWT, DIALAH pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.” (Surah al-Dzariyat, ayat 56 – 58)

Berdasarkan ayat al-Quran itu, sewajarnya kita mesti mengutamakan ibadah. ALLAH yang memberi dan menyusun rezeki kita. Namun, kebanyakan orang memegang falsafah terbalik apabila mengutamakan rezeki berbanding ibadah.

“ALLAH SWT MAHA BERKUASA dan MAHA BIJAKSANA dalam menyusun kehidupan dan kematian hamba-NYA. Oleh sebab itu, kita perlu berusaha mentaati ALLAH SWT, kemudian perhatikan hasilnya. Ini kerana, urusan rezeki adalah milik ALLAH. Jika kita dapat memahami keutamaan hidup ini iaitu beribadah kepada ALLAH, maka banyak persoalan rezeki boleh ditangani dengan mudah dengan izin ALLAH SWT.

Formula meraih rezeki adalah infak ke jalan ALLAH. Begitupun, infak mencabar keimanan kita. Kebanyakan orang suka menerima daripada memberi. Jika mengikut kaedah berpandukan al-Quran, ALLAH akan memberi ganjaran sehingga 700 kali ganda.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/70055/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Kebanyakan-orang-utamakan-rezeki-berbanding-ibadah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *