Mengikut syarak, zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Zakat adalah fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib.
Kategori Penerima Zakat
Tahukah anda, terdapat 8 jenis asnaf yang layak menerima zakat. Sekiranya anda termasuk dalam kategoru yang dinyatakan dibawah, anda boleh cuba memohon bantuan zakat ya.
1. Asnaf Fakir: Orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.
2. Asnaf Miskin: orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.
3. Asnaf Amil: Pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.
4. Asnaf Muallaf: Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.
5. Asnaf Riqab: Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.
6. Asnaf Fisabilillah: Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah. (orang yang menuntut ilmu, dll)
7. Asnaf Gharimin: Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
- Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
- Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
- Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
8. Asnaf Ibnu Sabil: Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
- Putus bekalan dalam perjalanannya.
- Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
- Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
- Ditinggalkan dalam perjalanan.
Cara Memohon Zakat (Sabah)
1. Sila layari pautan berikut: https://appszakat.sabah.gov.my/user/index.php
2. Sekiranya anda belum pernah mendaftarm klik “Daftar Sekarang”
3. Ikuti arahan selanjutnya. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Kemudian, klik “Daftar”.
4. Seterusnya, anda akan diminta untuk log masuk menggunakan no kad pengenalan dan password yang telah di daftarkan.
5. Setelah log masuk, klik pilihan “Mohon Bantuan”
6. Kemudian, pilih “Lihat Rekod Permohonan”
7. Dibahagian tepi, ada beberapa pilihan lain. Klik sekali lagi “Mohon Bantuan”.
8. Anda boleh pilih ; sosio& ekonomi, pendidikan & dermasiswa, mualaf.
NOTA: Untuk bantuan selain yang berkaitan pendidikan dan mualaf, sila pilih: sosio & ekonomi dan seterusnya bantuan am.
9. Baca syarat-syarat yang ditetapkan dan klik “Memohon”
10. Isi borang permohonan dan hantar.
11. Setelah itu, anda dikehendaki untuk memuat turun borang permohonan tersebut dan hantar melalui emel ke: [email protected]