225-Karton Rokok Pelbagai Jenama Dirampas Di Tawau

Menerusi satu rondaan yang dilakukan oleh Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) didalam Op Benteng, sindiket penyeludupan masuk karton rokok dan tembakau berjaya dipatahkan. Lokasi tangkapan berlaku di Lorong Haji Salleh. 


Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi, seorang suspek lelaki dilihat dalam keadaan mencurigakan sedang memasukkan bungkusan plastik hitam berisi kotak ke dalam sebuah kenderaan. Suspek sempat melarikan diri ke kawasan rumah kedai dan bersembunyi dikawasan kejadian, namun berjaya dikesan oleh pasukan.

 

Hasil pemeriksaan, kenderaan yang digunakan adalah merupakan kenderaan yang digunakan untuk menyeludup masuk rokok dan tembakau daripada negara jiran, Indonesia. Kegiatan ini juga turut melibatkan sindiket warga tempatan yang mendapatkan bekalan untuk tujuan perniagaan rokok dipasaran gelap sekitar Daerah Tawau. 


Menurut, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad, nilai rampasan kali ini bernilai RM54,295 yang melibatkan rampasan sebuah kenderaan yang bernilai RM25,000, 225 Karton Rokok Pelbagai Jenama bernilai RM26,775 dan 420 bungkus tembakau yang bernilai RM25,000.

Menurutnya, semua barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Brigadier Jeneral Abdul Karim turut menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota-anggota yang bertugas di POWB ATB 2, Tim OCP Daratan dan IPD Tawau atas gabungan kerjasama serta sokongan pelaksanaan operasi tersebut. 

Menurut beliau lagi, kerjasama erat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berada ditahap yang terbaik melalui pemantauan berterusan dan perkongsian maklumat antara agensi keselamatan lain dengan lebih efektif bagi menjamin keselamatan dan kemakmuran Perairan Pantai Timur Sabah. 

Sumber : Facebook Page, TawauSyurga (Bes Tawaufm)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *