Salam Malam Jumaat Bossku. Welcome back to our website. Seyhh acah2 streamer ya. Oke guys, hari ini kita akan berkongsi kepada semua pembaca tentang tempat-tempat yang “angker” atau seram di Tawau. Kalau limpas disini, tidak jugalah seram betul, tapi pandai jugalah seram sejuk dibuatnya. So jom teruskan bacaan.
Kawasan Perkuburan Islamiah, Jalan Utara
Yang pertama adalah Kawasan Perkuburan Islamiah, Jalan Utara. Namapun kawasan perkuburankan, mestilah lain macam sedikit rasanya kalau lalu dikawasan ini. Disini selalu kita dengar berlaku perkara-perkara mistik. Tiba-tiba ada poconglah, tiba-tiba ada ada motor rosaklah dan bermacam-macam lagi. Ya, makhluk ghaib itu wujud, tapi ketakutan yang kita ada hanya pada yang satu iaitu Allah. Macam ceramah suda bunyinya kan?Insaf terus kamu membacakan?
Kawasan ini dulunya memang gelap, jadi kalau limpas disini, memang la menyeramkan. Kepada warga-warga setempat yang tinggal di Hilltop, Taman Ria, Pasir Putih dan lain-lain tempat akan menggunakan tempat ini sebagai laluan utama. Jadi kalau sudah drive tengah malam, pandai juga tu tekan pedal minyak sampai ke lantai walaupun ada bonggol didepan Sekolah Islamiah tu. Haha.
Jalan Tiku, Jalan Menuju Ke Kongsi 10
Siapa yang tidak tahu tentang kawasan ni?Kawasan ni memang legend, pernah viral ketika 2021. Dikatakan ada orang yang cuba berinteraksi dengan makhluk halus yang berada disini. Tapi memang kawasan ni bikin rasa seram, sebab memang gelap betul kalau jalan disini. Dengan ditepinya ada hutan, tiada lagi lampu jalan, kereta pun jarang limpas kalau malam. Kepada yang terpaksa balik ke Kongsi 10 malam-malam tu, memang kena tahan hati ja la. Apa-apa pun jadi jangan berhenti, kecuali tiba-tiba ada roadblock disitu. Oke gurau ya. Jangan marah.
Jambatan Putih, Jalan Kuhara, Selepas Taman Semarak
Disini dikhabarkan selalu berlakunya kemalangan dan menyebabkan kematian. Jadi dikatakan ada makhluk disebalik mata banyak berkeliaran disini. Dahulunya kawasan ini hutan, dan bila sudah diteroka dan dijadikan jalan, semua pun tahulah kan kenapa ada yang selalu mengganggu?Tapi ada satu lagi yang bikin seram kalau disini selain gangguan makhluk ghaib, mau tau apa? “RB di JP”. Hehe. Gurau ja ya.
Oke guys, itu antara 3 lokasi yang angker di Tawau. Kalau yang limpas dikawasan ini, nda perlulah difikirkan sangat pasal mahkluk-makhluk lain, pandu dengan cermat dan selamat. Dan kalau kamu ada cerita-cerita seram yang pernah berlaku keatas diri kamu atau kawan-kawan sekeliling, boleh hantarkan cerita kamu di emel kami ya [email protected]. Apa-apa pun, jangan lupa minta pertolongan dan perlindungan daripada Allah Swt. Amin. Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa share ya.
Rujukan : Penulisan Syahirah S.