Seseorang yang memasuki masjid disunatkan untuk melakukan solat sunat tahiyat al-masjid sebagai mengagungkan rumah Allah SWT. Begitu juga jika seseorang yang datang ke masjid dan imam sedang berkhutbah di atas mimbar, maka dia masih dituntut menunaikan solat sunat tersebut dan duduk mendengar khutbah setelah menunaikannya.
Sementara itu, bagi yang datang pada akhir khutbah dan menyangka bahawa solat Jumaat akan didirikan sebentar lagi maka dia tidak perlu untuk melakukan solat sunat tahiyat al-masjid. Bahkan sunat bagi dia berdiri menunggu solat Jumaat didirikan supaya tidak duduk dalam masjid sebelum dia melakukan solat sunat tahiyat al-masjid.
Disunatkan Menunaikan Solat Sunat Tahiyat Al Masjid
Secara asasnya, seseorang yang masuk masjid disunatkan untuk menunaikan solat sunat tahiyat al-masjid. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah: Sekiranya setiap seorang di antara kamu datang ke masjid maka solatlah sebanyak dua rakaat sebelum dia duduk (Abu Daud).
Namun sekiranya dia datang ketika imam hendak selesai menyampaikan khutbah dan dia bersangka dengan sangkaan yang kuat bahawa sekiranya dia menunaikan solat sunat tersebut maka dia akan terlepas takbiratul ihram bersama-sama imam maka sunat bagi dia untuk tidak solat sunat tersebut dan hendaklah dia berdiri menunggu solat Jumaat diririkan dan tidak duduk supaya tidak menjadi orang yang duduk sebelum melakukan solat sunat tahiyat al-Masjid.
Agungkan Rumah Allah SWT
Seabgai kesimpulan, seseorang yang memasuki masjid disunatkan untuk melakukan solat sunat tahiyat al-masjid sebagai mengagungkan rumah Allah SWT. Begitu juga jika seseorang yang datang ke masjid dan imam sedang berkhutbah di atas mimbar, maka dia masih dituntut menunaikan solat sunat tersebut dan duduk mendengar khutbah setelah menunaikannya. Sementara itu, bagi yang datang pada akhir khutbah dan menyangka bahawa solat Jumaat akan didirikan sebentar lagi maka dia tidak perlu untuk melakukan solat sunat tahiyat al-masjid. Bahkan sunat bagi dia berdiri menunggu solat Jumaat didirikan supaya tidak duduk dalam masjid sebelum dia melakukan solat sunat tahiyat al-masjid.
Petikan : IRSYAD AL-FATWA, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.