Nostalgia CC Dacom, Pusat “Pelaburan” Budak Sekolah Zaman Awal 2000-an

 

“Okay mat, lepas sekolah kita jumpa di DACOM”. Si Acin memberitahu kawannya Si Mat untuk berjumpa disatu lokasi selepas sekolah. Tempat ni memang favorite untuk remaja-remaja berkumpul bagi menghilangkan stress sekaligus “melabur’ duit disini. 



DACOM ni adalah satu kedai Cybercafe yang terletak dikawasan Fajar, diatas Restoran Selera Tanjung. Disini dulunya memang menjadi tempat yang selalu dikunjungi oleh pelajar-pelajar sekolah. Sekitar tahun 2003 sehingga 2012, tempat ni sentiasa menjadi perhatian.

Gambar daripada Facebook 
Tidak semua orang ketika itu mempunyai “Personal Computer (PC)”, jadi dengan mengunjungi DACOM, bolehlah try-try guna komputer. Kebiasaannya akan digunakan untuk main game. CS, Dota dan pelbagai game-game yang best yang boleh dimain disini. Pokoknya memang bising la disini. Dulu harga bayaran disini akan dikenakan RM2 untuk sejam. So kalau mau datang kesini, kena kumpul duit dulu, baru datang kesini main game. 

Memang siuk bila dapat main game disini sambil jumpa dengan kawan-kawan dari sekolah lain. Tapi jaga-jaga dengan “pengugut” yang datang tanpa dijemput, habis semua barang-barang mu diambil. Menangis la balik rumah. Haha. Tapi sekarang tidak lagi, semua orang Tawau baik-baik suda. 

Mereka-mereka yang pernah kesini, mesti umur suda mau masuk 30-an kan?Apa pengalaman kamu ditempat ni? Kalau ada kongsi-kongsi bah. Hehe. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *