Sarang Penagih Dadah Di Bangunan Terbiar, Diserbu.

 

 
Pihak Polis Daerah Tawau telah membuat pemeriksaan dan serbuan di sebuah bangunan terbiar yang dijadikan sebagai sarang penagihan dadah. Maklumat ini diperolehi hasil daripada info yang diterima daripada orang awam. 
 
 

Semasa serbuan dijalankan, seorang wanita dan 4 lelaki yang ditahan sedang leka menghisap dadah dan kesemua mereka berjaya ditahan oleh pihak polis. 

Pemeriksaan lanjut turut menemui satu paket lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu bersama sebatang plastik penyedut minuman disyaki peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah. Kesemua suspek ditangkap dan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan selanjutnya.

 

Hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati kesemua suspek positif dadah jenis syabu. Kes disiasat dibawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952.

 

YDH ACP Jasmin Bin Hussin, Ketua Polis Daerah mengucapkan ribuan terima kasih diatas tindakan pantas orang awam dalam menyalurkan maklumat. Tindakan berani sebegini amatlah dihargai oleh pihak polis dan menyeru agar masyarakat akan terus bersama-sama pasukan keselamatan memerangi najis dadah di Daerah Tawau ini. 

Sumber : Facebook Page Polis Daerah Tawau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *