Kegiatan Curi Kabel, Tumpas Di Tangan Polis Tawau

 

Kegiatan mencuri kabel di Tawau semakin menjadi-jadi. Namun perkara ini dapat dihidu oleh pihak Polis. Kegiatan mencuri kabel di sekitar Bandar Tawau berjaya dikesan atas tindakan pantas pihak PDRM IPD Tawau.

Satu serbuan telah dilakukan di Kampung Kijang Merotai. Serbuan ini digerakkan oleh sepasukan polis dari Balas Polis Bombalai. Serbuan yang telah dilakukan telah berjaya menangkap suspek yang dilihat sedang leka berehat dan cuba melarikan diri sebelumnya.

Setelah serbuan dilakukan, pemeriksaan mendapati rumah yang didiami ditemui sembilan batang getah penebat wayar kabel yang telah dikupas, satu gulung kecil dawai penebat dan satu gulung kecil aluminium penebat telah dikupas dan dibakar.
Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rakan subahat dan dengan dipandu arah oleh suspek, rakan subahat suspek telah ditahan dan ditangkap di kilometer 51, Jalan Tawau – Kunak.

Pemeriksaan kenderaan milik suspek kedua mendapati (01) satu plastik hitam dan didalamnya mengandungi (02) dua gulung kecil wayar tembaga disyaki hasil curi yang disembunyikan di tempat simpan barang di belakang kenderaan.

Kedua-dua suspek dibawa balik ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut bersama-sama barang rampasan dan kenderaan yang digunakan untuk menyimpan barang curi. Kes disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sumber : Facebook Page Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *