Kemeriahan Sambutan Pesta Tanglung Tawau 2022 mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat. Dianggarkan lebih 10 ribu pengunjung membanjiri program berkenaan yang dipenuhi dengan acara kebudayaan Kaum Tionghua. Majlis hari itu berlangsung di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Yuk Chin, Tawau Sabah.
Selain daripada Pertandingan Tanglung yang disertai lebih 20 peserta dari pelbagai kaum, program turut dipenuhi dengan acara kebudayaan dan makanan tradisi Kaum Tionghua. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Dewan Perniagaan Tionghua, Gabungan Persatuan Tionghua dan pihak swasta.
Sambutan berkenaan telah dihentikan sejak 2 tahun lepas akibat penularan covid-19. Pesta Tanglung dikenali sebagai Perayaan Musim Luruh atau Perayaan Kuih Bulan dan secara tradisinya pesta ini menandakan berakhirnya musim menuai.